Situasi negara anggota ASEAN

KES positif Covid-19 di Indonesia melepasi angka 6,000 apabila 325 kes baharu dilaporkan sementara kematian meningkat kepada 535 kes berikutan pertambahan 15 kematian baharu dalam tempoh. 24 jam sejak 12 tengah hari semalam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata,  kes positif yang dikesan di semua 34 wilayah di Indonesia kini meningkat kepada 6,248 kes. “Bagi tempoh 24 jam juga, sejak 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 15 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 535 kes,” katanya. Provinsi Jakarta terus mencatatkan peningkatan kematian…

Read More

54 kes baharu, jangan alpa

PUTRAJAYA : Hari keempat fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus mencatatkan kesan positif apabila jumlah kes baharu Covid-19 terus dicatatkan pada kadar dua angka., iaitu 54 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif kini sebanyak 5,305, dan jumlah kes aktif adalah sebanyak 2,115. Daripada jumlah kes aktif, 49 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, di sini hari ini. Susulan penurunan jumlah kes positif, Kementerian Kesihatan…

Read More

Dari Langgar ke Lenggong

MASIH ingat perutusan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 18 Mac lalu? Salah satu peringatannya berkaitan kenduri. Katanya: Di kampung-kampung saya tahu ini musim kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari, termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ialah perhimpunan ramai, antaranya kenduri kahwin. Jadi, kepada ibu-bapa pengantin saya minta tolong sangat-sangat batalkan kenduri. Akad nikah boleh dibuat, tetapi majlis kenduri jangan buat dulu. Tangguhkanlah,” Tetapi akad nikah masih boleh dengan kaedah yang ditetapkan. Contohnya hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengadakan akad nikah melalui sidang video.…

Read More

Akad nikah sidang video

TAK perlu Tok Kadi dan pengantin lelaki berjabat tangan ketika akad nikah. Kebiasaan itu perlu dilupakan seketika. Kena luar biasa sedikit ketika wabak Covid-19 ini. Cukup dengan lafaz ‘Aku terima nikahnya…. Hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) buat pertama kali melakukan majlis akad nikah sepasang pengantin secara sidang video. Majlis yang berlangsung pada pukul 10.10 pagi Sabtu itu melibatkan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan pasangannya, Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29. Muhammad Don Haadi berada di rumahnya di Setiawangsa ketika akad nikah itu manakala Nahdatul Aishah pula…

Read More

#SGUnited Buka Puasa

MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan kerjasama beberapa pertubuhan mengambil inisiatif melancarkan #SGUnited Buka Puasa yang akan menyediakan juadah berbuka puasa bagi mereka yang memerlukan termasuk penerima zakat dan pekerja barisan hadapan yang sedang berusaha menangani wabak Covid-19. Menurut laman Facebook MUIS, kerjasama itu melibatkan masjid-masjid, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Persatuan Rakyat (PA) , Roses of Peace dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS). Ketua Eksekutif MUIS, Esa Masood berkata inisiatif tersebut sebagai tanda menzahirkan penghargaan serta kesepakatan masyarakat kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan untuk melawan…

Read More

Tiada bukti bekas pesakit kebal

BELUM ada bukti seseorang yang telah pulih daripada Covid-19 kebal dan imun dari dijangkiti semula koronavirus. Itu peringatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Dr. Maria Van Kerkhove berkata, ujian serologi atau antibodi yang menunjukkan sama ada seseorang pernah menghidap Covid-19 bukan petunjuk mereka imun terhadap pandemik itu. Apa yang akan dilakukan oleh ujian ini akan mengukur tahap antibodi. Ini adalah tindak balas yang akan ditunjukkan selepas satu atau dua minggu dijangkiti virus ini. “Sekarang, kami tidak memiliki bukti bahawa penggunaan ujian serologi dapat menunjukkan bahawa seseorang itu…

Read More

Solat Tarawih di rumah

MUFTI Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Al al-Sheikh berkata solat tarawih pada bulan Ramadan dan solat Aidilfitri seharusnya didirikan di rumah sekiranya wabak virus Covid-19 ini berterusan, lapor akhbar Okaz negara itu pada Jumaat (17 April). “Solat tarawih pada setiap malam Ramadan boleh didirkan di rumah sekiranya tidak boleh dilakukan di masjid ekoran langkah berjaga-jaga yang diterapkan untuk mencegah penyebaran koronavirus,” katanya yang turut menyentuh  solat hari raya. Umat Islam dijangka menyambut Ramadan Jumaat depan. Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi telah menghalang orang ramai daripada mendirikan solat lima waktu dan…

Read More

Meningkat lebih 110,000 kes

JUMLAH kes positif Covid-19 yang merebak di 185 negara di seluruh dunia kini 2.24 juta selepas pertambahan lebih 110,000 kes dalam tempoh 24 jam. Jumlah kematian pula meningkat melebihi 6,000 kes iaitu 153,379 manakala kes sembuh 565,957. Data Johns Hopkins University menunjukkan setakat 7 pagi ini, sebanyak 2,234,109 kes dicatatkan dengan enam negara mencatat lebih 100,000 kes positif. Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara yang paling teruk terjejas dengan kes positif melebihi 500,000 iaitu 699,105 manakala kematian 28,998. Sepanyol mencatatkan 188,167 kes dan kematian 19,631; Itali 172,434 kes dan kematian…

Read More