14 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 22 Feb. – Sebanyak 83,479 dos penggalak diberikan semalam yang membawa kepada 14,078,456 atau 59.8 peratus populasi dewasa di dalam negara telah menerima dos itu setakat ini.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 50,040 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun juga telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos kanak-kanak ini meningkat kepada 564,220 individu atau 15.9 peratus populasi kanak-kanak pada usia berkenaan.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,945,040 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,222,810 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,132 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,886,655 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mengambil kira populasi keseluruhan, jumlah penerima vaksin lengkap setakat ini adalah 78.8 peratus atau 25,744,172 manakala 81.6 peratus atau 26,673,685 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, sebanyak 137,307 dos suntikan vaksin diberikan melibatkan 52,804 suntikan dos pertama, 1,024 suntikan dos lengkap dan 83,479 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin PICK setakat ini  66,289,382.

Related posts

Leave a Comment