Solat Tarawih di rumah

MUFTI Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Al al-Sheikh berkata solat tarawih pada bulan Ramadan dan solat Aidilfitri seharusnya didirikan di rumah sekiranya wabak virus Covid-19 ini berterusan, lapor akhbar Okaz negara itu pada Jumaat (17 April).

“Solat tarawih pada setiap malam Ramadan boleh didirkan di rumah sekiranya tidak boleh dilakukan di masjid ekoran langkah berjaga-jaga yang diterapkan untuk mencegah penyebaran koronavirus,” katanya yang turut menyentuh  solat hari raya.

Umat Islam dijangka menyambut Ramadan Jumaat depan.

Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi telah menghalang orang ramai daripada mendirikan solat lima waktu dan solat Jumaat di masjid setempat sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengehadkan penyebaran virus itu.

Pada Khamis (16 April), Masjid Nabawi di kota Madinah berkata ia akan melarang semua acara menawarkan jamuan makanan kepada golongan memerlukan untuk berbuka puasa di masjid itu.

Sehingga kini, negara itu telah melaporkan 6,380 kes jangkitan Covid-19 dan seramai 83 orang terkorban.

Kerajaan Arab Saudi juga menasihatkan umat Islam menangguhkan persiapan untuk menunaikan ibadah haji sehingga keputusan rasmi dibuat.

Related posts

Leave a Comment