Kes Singapura, Thailand naik

KES jangkitan di SINGAPURA meningkat kepada 2,108 dengan pengesahan 198 kes baharu hari ini (10 April). Sebanyak 79 kes dikaitkan dengan kelompok asrama pekerja asing, 48 dikaitkan dengan kelompok bukan asrama atau kes lain. Baki 71 masih dalam siasatan, Kementerian Kesihatan (MOH) turut mengenal pasti tiga kelompok baharu – 14 kes di sebuah tapak kerja di Hospital Kebangsaan Singapura (NUH); lima di Bangunan ICA di Kallang; dan empat di asrama  31 Sungei Kadut Avenue. S11 Dormitory @ Punggol (2Seletar North Link) kekal menjadi kelompok terbesar dengan sejumlah 306 kes. Sementara itu, satu kes baharu melibatkan seorang…

Read More

118 kes baharu, 222 pulih

PUTRAJAYA: Kes pulih dan dibenarkan pulang sehingga 12 tengah hari ini bertambah sebanyak 222 kes menjadikan jumlah kumalitif kes yang sembuh meningkat kepada 1,830 atau 42.11 peratus daripada jumkah keseluruhan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi tempoh yang sama terdapat 118 kes baharu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,346 kes. “Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan. Sehingga kini, seramai 69 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). “Daripada jumlah tersebut, 40…

Read More

Denda Rp100j langgar PSBB

DENDA Rp100 juta atau RM30,000 dan penjara maksimum setahun jika langgar peraturan yang ditetapkan di bawah perintah Perbatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikuatkuasakan di Jakarta mulai hari ini sehingga 23 April. PSBB antara lain mewajibkan pemakaian penutup hidung dan mulut ketika di luar rumah, mengehadkan jumlah penumpang dalam kenderaan awam dan persendirian yang tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti kenderaan berkenaan. Penunggang motosikal juga dilarang membawa pembonceng, restoran atau kedai makan hanya dibenarkan menjual makanan yang dibungkus sahaja, serta tidak boleh berkumpul melebihi lima orang. Sementara itu, Indonesia mencatatkan 26…

Read More

Harga petrol turun lagi

TURUN  lagi, tapi mahu ke mana jika tangki kereta diisi penuh? Inilah yang dikatakan nikmat yang hilang. Mulai tengah malam ini sehingga 17 April, harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.25 dan RM1.55 seliter. Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.46. “Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia yang masih berada di paras yang rendah ekoran pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global serta kejatuhan permintaan bekalan minyak…

Read More

Kita jaga kita, bersama jalani kehidupan ‘kebiasaan baharu’

TERUS duduk di rumah sehingga 28 April. Seperti dijangka, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selepas fasa kedua berakhir 14 April ini. Fasa ketiga akan bermula 15 April dan berakhir pada 28 April. Maknanya minggu pertama Ramadan sudah pasti kita akan berpuasa dalam suasana PKP. Malahan, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan itu mengingatkan rakyat supaya bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama, mungkin berlarutan beberapa bulan sebelum wabak ini diatasi seratus peratus. “Itupun kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala.…

Read More

200 Baca Puisi Dunia Covid-19

KUALA LUMPUR, 10 April — Hampir 200 penyair dari 14 negara termasuk Malaysia akan menyertai acara ‘Baca Puisi Dunia: COVID-19’ yang akan disiarkan di laman Facebook (FB) pada pukul 8.30 malam (waktu di negara peserta) Ahad ini. Negara yang sudah mengesahkan penyertaan setakat ini adalah Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, Kemboja, Timor Leste, India, Pakistan, Iran, Belgium, Rusia, Korea Selatan dan Itali. Acara bertemakan ‘Satu Dunia Satu Suara’  ini dianjurkan oleh  Persatuan Penyair Malaysia (Penyair) dengan kerjasama Nuha Creative Resources (Malaysia), Gadis Buku (Malaysia), Salmah Creative (Indonesia) dan Ombak Scripthouse Production…

Read More

Kukuhkan semangat, keimanan

MUFTI Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, mengajak seluruh masyarakat memperkukuhkan semangat dan meneguhkan  keimanan dan tradisi supaya lebih optimis dalam menghadapi situasi dunia yang suram dan muram. Beliau yakin dengan kesatuan yang lebih baik dan persahabatan lebih mendalam, masyarakat akan muncul dengan lebih kuat sebagai rakyat Singapura yang bersatu padu. Dr. Nazarudin menyampaikan mesej itu melalui Facebook Majlis Ugama Islam Singapura sempena sambutan Minggu Suci, Good Friday dan Easter Sunday, sebagai memperingati Jesus Christ.  Dalam ucapan khusus untuk penganut agama Kristian itu, beliau menyatakan Islam menghargai kedudukan dan peranan Jesus, terutama…

Read More

Kematian hampiri 100,000

SELEPAS 100 hari, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia menghampiri 100,000 orang. Sehingga pagi ini angka yang dicatatkan oleh Johns Hopkins University adalah 95,454. Jumlah kes pula adalah 1.59 juta orang. Sebanyak empat negara mempunyai angka kematian melebihi 10,000 dengan Itali mencatatkan 18,279 kes diikuti Amerika Syarikat 16,607. Sepanyol berada di kedudukan ketiga dengan mencatatkan 15,447 kematian manakala Perancis mencatatkan 12,210 kes. Bagaimanapun masih terdapat harapan dalam krisis kesihatan dunia ini apabila jumlah pesakit yang sembuh kini melebihi angka 323,000 orang. Sementara itu, di Amerika Syarikat, bandar raya New…

Read More