Kematian hampiri 100,000

SELEPAS 100 hari, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia menghampiri 100,000 orang. Sehingga pagi ini angka yang dicatatkan oleh Johns Hopkins University adalah 95,454.

Jumlah kes pula adalah 1.59 juta orang.

Sebanyak empat negara mempunyai angka kematian melebihi 10,000 dengan Itali mencatatkan 18,279 kes diikuti Amerika Syarikat 16,607.

Sepanyol berada di kedudukan ketiga dengan mencatatkan 15,447 kematian manakala Perancis mencatatkan 12,210 kes.

Bagaimanapun masih terdapat harapan dalam krisis kesihatan dunia ini apabila jumlah pesakit yang sembuh kini melebihi angka 323,000 orang.

Sementara itu, di Amerika Syarikat, bandar raya New York mencatatkan kematian tertinggi dengan 799 kes semalam, jumlah tertinggi dalam sehari. Berbanding Rabu, jumlah kematian 779 orang.

Bagaimanapun, kadar pesakit yang menerima rawatan di hospital kian menurun.

Related posts

Leave a Comment