38 kes baharu di Thailand

THAILAND mencatatkan 38 kes baharu Covid-19 dan satu kematian, menjadikan 2,258 kes dan 27 kematian. Sejumlah 824 pesakit pula telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah. Kematian terbaharu di negara itu melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun yang sebelum itu berkunjung ke tempat hiburan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata Bangkok mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,201 kes manakala Phuket 138 kes, Nonthaburi (134) dan Samut Prahan (99). Daripada 2,258 kes yang dilaporkan ini, 525 adalah warga Thailand yang pulang dari luar negara termasuk Indonesia, Malaysia, Eropah, Pakistan serta Amerika…

Read More

Darurat di 7 bandar di Jepun

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini mengisytiharkan keadaan darurat selama sebulan di Tokyo dan enam bahagian lain di negara itu berikutan kenaikan dalam kes koronavirus Covid-19.. “Sedang saya putuskan bahawa keadaan yang dibimbangi menjejas kehidupan rakyat dan ekonomi  … Saya mengisytiharkan keadaan darurat,” kata Abe. Selain Tokyo, turut terlibat adalah Chiba, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka. Langkah itu tidak sama dengan sekatan ketat yang dilihat di bahagian lain di dunia tetapi memberi kuasa kepada gabenor tempatan untuk menyuruh orang ramai duduk di rumah dan mengarahkan perniagaan untuk…

Read More

Had hantar semula mesej

SAN FRANCISCO: WhatsApp mengetatkan had penghantaran semula mesej pada hari ini dengan membolehkan pengguna mengongsi mesej yang disampai-sampaikan atau ‘forwarded message’ ke satu perbualan pada satu-satu masa. Ini selepas ia melihat peningkatan dalam bilangan mesej yang memberi nasihat perubatan palsu sejak permulaan krisis koronavirus. Pandemik itu, yang telah membunuh lebih 70,000 orang di seluruh dunia, telah disertai dengan apa yang disebut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai “infodemik” maklumat salah, mendorong pemerintah dan pihak berkuasa lain menggesa syarikat media sosial agar berbuat lebih banyak untuk mengatasi masalah itu. WhatsApp, yang…

Read More

170 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA : Seorang lagi rakyat Malaysia meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 63, atau 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Mangsa seorang lelaki berusia 71 tahun, dan pernah mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia, dari 17 hingga 24 Mac lalu. “Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 5 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 6 April, 2020, pukul 11.00 malam,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian, di sini. Sementara…

Read More

247 kes baharu di Indonesia

JAKARTA : Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 2,738 apabila 247 kes baharu dilaporkan hari ini. Jurucakap kerajaan, Achmad Yurianto berkata, 12 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian 221 orang. Jumlah pesakit yang sembuh setakat ini mencapai 204 orang. Sementara itu, Indonesia meluluskan permintaan oleh pentadbiran Jakarta untuk mengenakan sekatan sosial berskala besar lebih lanjut di ibu kota itu, yang merupakan pusat kes Covid-19 di negara tersebut Presiden Joko Widodo telah menumpukan perhatian kepada memerangi penyebaran penyakit itu melalui dasar-dasar penjarakan sosial, tetapi telah menentang langkah sekatan ketat yang…

Read More

Kuarantin di hotel RM150

PUTRAJAYA : Tidak ada pilih kasih soal penempatan kuarantin kerana kos hotel termasuk makan minum setiap rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara telah ditetapkan RM150 bagi setiap individu. Bagi yang memilih hotel sendiri melebihi kadar itu perlu menanggung kos selebihnya tetapi masih tertakluk kepada 45 hotel yang telah ditetapkan kerajaan bagi memudahkan pemantauan. Demikian penegasan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berhubung dakwaan pilih kasih mengenai penempatan di pusat kuarantin. “Yang kerajaan (pilih) adalah hotel bertaraf tiga atau empat bintang, terserah kepada pengusaha hotel kalau nak beri…

Read More

PKPD di Selangor Mansion

PUTRAJAYA : Mulai hari ini, bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan terdapat 15 kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan. Ini merupakan lokasi keempat dikenakan PKPD selepas Simpang Renggam, Kluang, Johor; tujuh buah kampung di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),  Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini akan melibatkan penghuni di 365 unit rumah dan premis perniagaan. Dalam tempoh…

Read More

Haiwan Zoo Negara dilindungi

KUALA LUMPUR 7 April  – Haiwan di Zoo Negara juga akan dilindungi daripada wabak Covid-19 apabila media antarabangsa melaporkan seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif Covid-19 Harimau itu dipercayai terdedah kepada seorang kakitangan zoo yang positif tetapi tidak menunjukkan gejala ketika menjaga haiwan berkenaan. Pengarah Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli seperti dilaporkan Bernama berkata pihaknya meminimumkan pergerakan penjaga zoo ke kandang-kandang serta waktu bekerja mereka dihadkan hanya empat jam sehari. Terdapat 300 spesies haiwan di situ. “Oleh kerana sudah ada dua tiga kes membabitkan…

Read More