Had hantar semula mesej

SAN FRANCISCO: WhatsApp mengetatkan had penghantaran semula mesej pada hari ini dengan membolehkan pengguna mengongsi mesej yang disampai-sampaikan atau ‘forwarded message’ ke satu perbualan pada satu-satu masa.

Ini selepas ia melihat peningkatan dalam bilangan mesej yang memberi nasihat perubatan palsu sejak permulaan krisis koronavirus.

Pandemik itu, yang telah membunuh lebih 70,000 orang di seluruh dunia, telah disertai dengan apa yang disebut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai “infodemik” maklumat salah, mendorong pemerintah dan pihak berkuasa lain menggesa syarikat media sosial agar berbuat lebih banyak untuk mengatasi masalah itu.

WhatsApp, yang mempunyai lebih 2 bilion pengguna di seluruh dunia, berkata dalam satu catatan blog bahawa ia membuat perubahan itu selepas memerhatikan “kenaikan ketara” dalam bilangan penghantaran semula sejak permulaan krisis koronavirus.

Seorang jurucakap WhatsApp berkata had baru itu akan diteruskan selama-lamanya.

Tahun lalu, pengguna dapat menghantar semula mesej kepada hanya lima individu atau kumpulan pada satu-satu masa, turun daripada had awal sebanyak 20. – Reuters.

ic_social_facebook.svg

Related posts

Leave a Comment