Darurat di 7 bandar di Jepun

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini mengisytiharkan keadaan darurat selama sebulan di Tokyo dan enam bahagian lain di negara itu berikutan kenaikan dalam kes koronavirus Covid-19..

“Sedang saya putuskan bahawa keadaan yang dibimbangi menjejas kehidupan rakyat dan ekonomi  … Saya mengisytiharkan keadaan darurat,” kata Abe.

Selain Tokyo, turut terlibat adalah Chiba, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan

Fukuoka.

Langkah itu tidak sama dengan sekatan ketat yang dilihat di bahagian lain di dunia tetapi memberi kuasa kepada gabenor tempatan untuk menyuruh orang ramai duduk di rumah dan mengarahkan perniagaan untuk ditutup.

Kabinetnya juga akan memuktamadkan pakej rangsangan bernilai 108 trilion yen ($1.35 trilion) – sama dengan 20 peratus pengeluaran ekonomi Jepun – untuk mengurangkan kesan wabak Covid-19 ke atas ekonomi ketiga terbesar di dunia itu.

Ia lebih daripada 11 peratus pengeluaran Amerika Syarikat untuk pakej rangsangan yang dibentangkan oleh Presiden Donald Trump dan 5 peratus pengeluaran bagi pakej Jerman.

Related posts

Leave a Comment