Hero Bobby meninggal dunia

SEBUT Bobby, pasti ‘generasi lama’ teringatkan lagu Main Syahar To Nahin dan Hum Tum Ek Kamre Mein, nyanyian legenda Lata Mageshkar dan Shailendra Singh. Dan tidak lupa peneraju utama, Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia.

Bobby adalah filem cinta remaja Bollywood 1973 yang diarahkan oleh Raj Kapoor dan melonjakkan nama Rishi Kapoor.

Hari ini, Khamis, Rishi Kapoor, legenda filem Bollywood, menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun di Sir HN Reliance Foundation Hospital di Mumbai, India selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas.

Portal tempatan The Times of India melaporkan, perkara itu disahkan oleh abang mendiang, Ranbir Kapor. Mendiang dimasukkan ke hospital tersebut pada Rabu ekoran penyakit kanser yang dihidapinya sejak 2018.

Menurut adiknya, Randhir Kapoor, Rishi dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan. Beberapa jam kemudian, Randhir memaklumkan agensi berita PTI tentang keadaan abangnya yang stabil.

Rishi yang merupakan anak kepada Raj Kapoor turut popular dengan filem-filem box-office termasuk Bol Radha Bol.

Rishi diperkenalkan melalui filem Mera Naam Joker (1970) seterusnya Raaja (1975), Laila Majnu (1976), Kabhie Kabhie (1976), Amar Akbar Anthony (1977), Sargam (1979), Karz (1980), Prem Rog (1982), Saagar (1985) Chandni (1989), Bol Radha Bol (1992), Damini (1993), Hum Tum (2004), Fanaa (2006), Luck by Chance (2009), Love Aaj Kal (2009), Do Dooni Chaar (2010) dan Agneepath (2012).

Pernah merangkul anugerah Pelakon Terbaik dalam Filmfare Award (1974) untuk wataknya dalam filem Bobby.

Rishi pernah dimasukkan ke hospital di New York untuk rawatan barah pada tahun lalu dan baharu sahaja pulang ke Mumbai selepas menerima rawatan di Amerika Syarikat selama 11 bulan.

Akibat barahnya yang semakin meruncing, Rishi pernah dimasukkan ke hospital di New Delhi dan Mumbai sebanyak dua kali pada bulan Februari.

Rishi meninggalkan balu Neetu Kapoor, seorang anak lelaki Ranbir dan anak perempuan, Riddhima.

Kali terakhir Rishi berlakon dalam filem, The Body dan Jhoota Kahin Ka.

Related posts

Leave a Comment