84 kes pulih, 53 kes baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (30 April) mengesahkan 53 kes baharu Covid-19 menjadikan 6,002 kes manakala dua kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes 102.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 57 kes baharu itu, 25 kes adalah kes import yang bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 32 kes sahaja.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 84 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih Covid-19 sebanyak 4,171 kes.

Daripada 6,002 kes, sebanyak 1,729 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan Setakat ini, 36 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 14 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengulas mengenai dua lagi kes kematian, beliau berkata, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 102 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes kematian ke-101 (kes ke-4657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah darah. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 daripada kluster PUI Bali (iaitu kes ke-4476).

Kes kematian ke-102 (kes ke-5282) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 12.55 tengah hari.

Related posts

Leave a Comment