Saudi catat 1,351 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 1,351 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah 22,753.

Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, jumlah kematian turut meningkat kepada 162 selepas lima lagi kes dilaporkan. Kes pulih pula 3,163.

Sebanyak 83 peratus kes baharu melibatkan bukan warga Saudi manakala 17 peratus warga tempatan.

Sementara itu, Riyadh mendahukui dengan 440 kes dikuti Makkah 392 , Jeddah 120, Madinah 119 dan Dammam 110.

Related posts

Leave a Comment