Korban 226,000, positif 3.17

SEHINGGA pagi ini, angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia melebihi  226,000 kes, pertambahan 10,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Menurut statistik Johns Hopkins University, kes positif juga terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.17 juta orang setakat ini.

Sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes kematian  dan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mempunyai angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 60,000 kematian.

Itali pula merekodkan 27,682 kematian, United Kingdom  26,097 , Sepanyol 24,275 dan Perancis 24,087.

AS juga merekodkan kes positif tertinggi dengan  jumlah kumulatif kini merekodkan 1.03 juta kes.

Tujuh negara dilaporkan mempunyai kes positif melebihi 100,000 dengan Sepanyol kekal negara kedua tertinggi dengan 232,000 kes.

Itali pula merekodkan 203,000 kes berikutan pertambahan lebih 2,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Perancis pula mencatatkan 169,000 kes.

United Kingdom pula mempunyai jumlah kumulatif 166,000 kes, manakala Jerman dan Turki masing-masing merekodkan 160,000 dan 117,000 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh daripada virus itu kini melebihi 959,000 di seluruh dunia.

Related posts

Leave a Comment