Lebih serius hadapi PKP-2

TEMPOH dua minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir hari ini. Bagaimanapun tempoh itu dilanjutkan lagi selama dua minggu mulai esok sehingga 14 April. Maknanya rakyat Malaysia masih ada masa tambahan dua minggu lagi untuk duduk di rumah. Inilah masa untuk rakyat lebih serius dengan memperbaiki ‘kealpaan atau kelalaian’ mereka sebelum ini. Semak semula sejauh mana kepatuhan terhadap perintah PKP. Rakyat perlu menyokong sepenuhnya usaha kerajaan mengenakan PKP ini bagi membendung wabak dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya. Bagi tujuan itu, rakyat hanya diminta duduk di rumah dan keluar jika…

Read More

35 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 30 Mac – Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan tambahan 35 kes jangkitan Covid-19, membabitkan dua lagi rakyat Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 879 kes. Dalam satu kenyataan hari ini, MOH memaklumkan seorang daripada rakyat Malaysia itu adalah daripada sektor penjagaan kesihatan awam dan kini diletakkan di bawah kategori tiada kaitan domestik. Lelaki berusia 20 tahun yang juga kes ke-853, pemegang Pas Kerja Singapura itu, berada di Singapura selama dua hari sejak 16 Mac lepas. Dia dilaporkan mula bergejala pada 28 Mac dan keputusan ujian berikutnya petang tadi mengesahkan dia dijangkiti Covid-19. Porter…

Read More

PKPD di Menara City One

KUALA LUMPUR 30 Mac – Bukan setakat kampung, bangunan juga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) apabila keseluruhan  Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di sini diletakkan di bawah  perintah itu bermula tengah malam ini sehingga 13 April Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Menteri Kesihatan berikutan terdapat 17 kes positif jangkitan Covid-19 dilaporkan di menara tersebut. PKPD ini melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu. “Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk…

Read More

Kanak-kanak mangsa ke-127

BRUNEI Darussalam mencatatkan satu kes baharu hari ini, yang ke-127 melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun. Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, kanak-kanak ini mengalami demam panas pada 21 Mac dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara tetapi merupakan anak kepada kes ke-120, yang pernah ke Manila. Menurut siaran akhbar petang ini, empat kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan telah sembuh dan dibenarkan pulang sementara tiga orang dirawat di Unit Rawatan Intensif manakala seorang lagi di bawah pemantauan rapi. Kenyataan itu juga memaklumkan empat daripada sembilan orang tabligh telah kembali…

Read More

Tiga kematian, 156 kes baharu

PUTRAJAYA 30 Mac – Tiga kematian dan 156 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di negara ini adalah 37 kematian dan 2,626 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini, seramai 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 62 kes memerlukan bantuan pernafasan. “Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 57 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Indonesia.…

Read More

“Ayuh bantu hospital” – Radzuan ajak pereka fesyen sediakan PPE

Saharudin Musthafa (Astro Awani) HATI Datuk Radzuan Radziwill sangat tersentuh bila memikirkan terlalu besar pengorbanan para petugas kesihatan yang bertungkus-lumus di hospital merawat dan menyelamat mangsa pandemik COVID-19. Kesedihan tambah berganda dalam jiwa pereka fesyen ternama itu apabila dimaklumkan peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan oleh pihak hospital pula semakin berkurangan. Memikirkan nilai amanah yang sedang dipikul oleh petugas kesihatan tidak boleh diukur dengan wang ringgit selain mahu bersama-sama kerajaan dalam masa sukar ini, Radzuan menggerakan usaha menjahit dan menyediakan PPE seperti yang diperlukan. Sejak lapan hari lalu, kebetulan ketika…

Read More

Akibat langgar PKP

GEORGETOWN 30 Mac – Gara-gara keluar rumah tanpa tujuan yang dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang doktor perubatan di sebuah klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Dr Ong Hean Teik, 61, dari Tanjung Bungah bagaimanapun mengaku tidak bersalah  atas dua pertuduhan menghalang tugas penjawat awam dan melanggar arahan PKP bagi membendung penularan Covid-19. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menghalang penjawat awam iaitu penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Muhd Alif Aizad Abd Latiff dalam menjalankan fungsi awamnya di Taman Bandaraya Pulau Pinang, Jalan Persiaran Kuari pada pukul…

Read More