Lebih serius hadapi PKP-2

TEMPOH dua minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir hari ini. Bagaimanapun tempoh itu dilanjutkan lagi selama dua minggu mulai esok sehingga 14 April. Maknanya rakyat Malaysia masih ada masa tambahan dua minggu lagi untuk duduk di rumah.

Inilah masa untuk rakyat lebih serius dengan memperbaiki ‘kealpaan atau kelalaian’ mereka sebelum ini. Semak semula sejauh mana kepatuhan terhadap perintah PKP.

Rakyat perlu menyokong sepenuhnya usaha kerajaan mengenakan PKP ini bagi membendung wabak dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya. Bagi tujuan itu, rakyat hanya diminta duduk di rumah dan keluar jika perlu sahaja.

Langkah ini adalah bagi mengawal pergerakan orang ramai ketika kerajaan menyusun strategi untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit Covid-19.

Kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru-baru ini, kerajaan ingin mencegah jangkitan dan strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian. Justeru, rakyat mesti bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lebih lama.

“Just be mentally and physically prepared to stay at home for a reasonably longer period of time,” kata Perdana Menteri baru-baru ini.

Bagi peringkat kedua PKP ini, beberapa peraturan yang dilaksanakan ketika ini akan diperketatkan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, operasi premis perniagaan dan stesen minyak akan dipendekkan berbanding fasa pertama yang bermula 18 Mac lalu. Waktu operasi pasar raya, hypermarket dan premis yang menjual makanan harian dibuka antara pukul 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

“Restoran, gerai makanan, walau dibenar beroperasi untuk beli bungkus, waktunya juga dari 8 pagi hingga 8 malam. Stesen minyak juga dihadkan operasi dari 8 pagi hingga 8 malam, kita selaraskan semuanya,” katanya.

Di samping itu, semua aktiviti di rumah ibadat di seluruh negara masih lagi tidak dibenarkan pada Fasa Kedua PKP. Ini termasuk solat Jumaat, solat berjemaah. Begitu juga aktiviti di rumah ibadat bukan Islam seperti gereja tidak dibenarkan mengadakan himpunan atau aktiviti secara berkumpulan.

“Kuil Hindu, tokong dan sebagainya, ia merangkumi semua agama dan bukan untuk Islam semata-mata,” tambahnya.

PKP fasa kedua juga hanya membenarkan seorang indiv

Related posts

Leave a Comment