Kanak-kanak mangsa ke-127

BRUNEI Darussalam mencatatkan satu kes baharu hari ini, yang ke-127 melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, kanak-kanak ini mengalami demam panas pada 21 Mac dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara tetapi merupakan anak kepada kes ke-120, yang pernah ke Manila.

Menurut siaran akhbar petang ini, empat kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan telah sembuh dan dibenarkan pulang sementara tiga orang dirawat di Unit Rawatan Intensif manakala seorang lagi di bawah pemantauan rapi.

Kenyataan itu juga memaklumkan empat daripada sembilan orang tabligh telah kembali dari Malaysia selepas dirawat di hospital-hospital Kuala Lumpur. Kementerian akan terus memantau kesihatan mereka supaya dalam keadaan baik.

Sementara itu, seramai 829 orang sedang dikuarantin manakala 531 orang di mana 346 darpadanya penuntut telah mendaftar untuk pengasingan diri mandatori di kediaman masing-masing selepas pulang dari membuat perjalanan antarabangsa.

Sementara itu di JAKARTA, sebanyak 19 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes 1,414 di seluruh Indonesia.

Sebanyak lapan kematian dilaporkan menjadikan 122 kes sementara 75 pesakit telah pulih.

Related posts

Leave a Comment