Rentas negeri seluruh negara

PUTRAJAYA 3 Okt. – Penetapan 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri dibuat adalah bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tempoh untuk membenarkan rentas negeri sudah semakin hampir dan ia akan terus diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi.

“Dulu ada janji 80 peratus boleh rentas negeri, kenapa tiba-tiba jadi 90 peratus? Kita lihat apabila 80 peratus, banyak negeri yang peratusannya masih kecil.

“Kalau kita buka seluruh Malaysia kita tidak mahu tinggalkan negeri yang masih kecil peratusan vaksin,” katanya pada wawancara khas yang disiarkan malam ini.

Beliau percaya, apabila 90 peratus, setiap negeri sudah 80 peratus lebih.

“Saya percaya ramai nak balik kampung. Sesetengah itu sudah setahun lebih tidak tengok ibu bapa mereka. Setengah ibu bapa tak sihat,” katanya

Pada masa sama, Perdana Menteri turut memahami ramai individu mahu pulang ke kampung dan malah beliau sendiri pernah melalui situasi sama sebelum ini.

“Saya tahu kalau arwah mak saya dulu, kalau tak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis kalau telefon saya.

“Ramai saya percaya mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dulu. Kita faham tapi kerana masalah kesihatan kita sekat dahulu pergerakan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment