70 kes baharu Singapura

SEBANYAK 70 kes jangkitan Covid-19 yang baru disahkan sehingga 12 tengah hari ini (28 Mac), di Singapura menjadikan jumlah kes keseluruhan 802 kes.  Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu termasuk 41 kes import dengan pesakit yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Asean dan negara lain di Asia. Baki 29 kes baharu merupakan jangkitan tempatan. Antara kes baru diumumkan adalah satu kes baru berkait dengan kelompok di prasekolah PCF Sparkletots di Fengshan. Kini terdapat 26 kes berkait dengan prasekolah itu. Dua lagi kes baru dikaitkan dengan…

Read More

Mungkinkah PKP dilanjutkan?

PUTRAJAYA: Mungkinkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi? Kemungkinan itu ada apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan mendadak kes positif pandemik Covif-19 pada pertengahan April ini. Tempoh PKP yang bermula 18 Mac pada mulanya akan berakhir 31 Mac ini tetapi dilanjutkan sehingga 14 April. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, langkah drastik telah diambil oleh pihak berkaitan termasuk melakukan semburan nyah kuman dan nyah jangkitan sebagai inisiatif untuk membendung penyebaran wabak tersebut. Proses itu telah berjalan dan proses kedua adalah mengenal pasti iaitu accurate case…

Read More

15 lagi kematian di Indonesia

JAKARTA 28 Mac – Sebanyak 15 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes kematian akibat Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 102 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata 11 daripada 15 kematian dalam tempoh 24 jam itu adalah di Jakarta. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, tambahan sebanyak 109 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes positif kini sebanyak 1,155 kes,” katanya. Mengikut pecahan kematian, Jakarta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 62 kes kematian, diikuti Jawa Barat (17), Jawa Tengah (tujuh),…

Read More

159 kes baharu, satu kematian

PUTRAJAYA, 28 Mac  – Sehingga tengah hari ini, Malaysia mencatatkan 159 kes baharu positif Covid-19,  menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 2,320 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat satu lagi kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 27 kes. Mangsa lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Muar, Johor pada pukul 10.50 pagi tadi. “Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak Selasa lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah…

Read More

Menipu ketika waktu sukar

KUALA LUMPUR: Dalam situasi negara bertarung dengan wabak Covid-19, ‘penjenayah’ tidak duduk diam. Walaupun tidak bebas bergerak ke sana sini melalui jalan raya kerana ada sekatan polis, mereka menggunakan online atau alam siber untuk menipu orang ramai. Berikutan pengumuman insentif melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) semalam, kerajaan telah mengesan beberapa cubaan untuk menipu rakyat, terutamanya berhubung pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 393 kertas siasatan, termasuk kes…

Read More

Kematian pertama di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melaporkan kematian pertama akibat COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.  Mangsa lelaki warga emas berusia 64 tahun yang pulang dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi berita Xinhua.  Pesakit itu meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Pengasingan Kebangsaan di daerah Tutong, mangsa merupakan kes Covid-19 ke-25.  Satu lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 115.

Read More

91 kes baharu di Thailand

BANGKOK: Thailand pada Jumaat mencatat 91 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan satu kematian membabitkan seorang lelaki yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di sebuah masjid di Malaysia.menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 1,136 kes dengan lima kematian. Pegawai Daerah Sungai Kolok, Preecha Nuannoi, berkata lelaki berusia 50 tahun itu adalah antara 132 rakyat Thailand yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Kuala Lumpur bulan lepas. Keadaan kesihatannya merosot semalam. Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Kolok, Narathiwat pada 3 pagi (waktu tempatan) hari ini (Jumaat),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Beliau…

Read More

Covid-19 AS lepasi 100,000

SETAKAT hari Sabtu (27 Mac), kes positif Covid-19 melepasi angka 100,000 di Amerika Syarikat mengatasi negara-negara lain termasuk China, di mana bermulanya wabak itu. Menurut data daripada Johns Hopkins University, negara Uncle Sam itu mempunyai bilangan jangkitan virus lebih 100,000 kes keseluruhan dengan pertambahan melebihi 16,000 kes dalam tempoh 24 jam. Bagaimanapun berbanding kes kematian, Itali terus mencatatkan kematian tertinggi iaitu 9,134, tiga kali ganda daripada jumlah yang  direkodkan oleh China iaitu sebanyak 3,295.

Read More