Mungkinkah PKP dilanjutkan?

PUTRAJAYA: Mungkinkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi? Kemungkinan itu ada apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan mendadak kes positif pandemik Covif-19 pada pertengahan April ini.

Tempoh PKP yang bermula 18 Mac pada mulanya akan berakhir 31 Mac ini tetapi dilanjutkan sehingga 14 April.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, langkah drastik telah diambil oleh pihak berkaitan termasuk melakukan semburan nyah kuman dan nyah jangkitan sebagai inisiatif untuk membendung penyebaran wabak tersebut.

Proses itu telah berjalan dan proses kedua adalah mengenal pasti iaitu accurate case detection, di mana kita akan mencari, menguji, dan mengasingkan mereka yang positif.

“Sementara, mereka yang tidak positif kita akan masukkan ke dalam ‘self-quarantine’ dalam tempoh 14 hari dan kita akan rawat mereka,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Beliau juga memberitahu,  dua dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) akan dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan untuk merawat pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala serta bergejala ringan.

Pusat itu, yang akan siap petang esok, adalah sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku peningkatan secara drastik pesakit Covid-19 .

Beliau berkata sejumlah 600 katil akan ditempatkan yang meliputi 400 unit di Dewan A manakala 200 lagi di Dewan B.

“Ini adalah satu persediaan, marilah kita bersiap sedia untuk menghadapi keadaan paling buruk. Lebih baik kita berada dalam keadaan yang cukup bersiap sedia daripada melakukan persediaan yang tidak mencukupi, jika kita tidak melakukan persediaan yang mencukupi, ini bermakna bahawa kita sebenarnya tidak bersiap sedia. Gunakan ini sebagai satu model.

Dr Noor Hisham berkata pada peringkat permulaan, KKM memperuntukkan sejumlah 3,400 katil di semua hospital yang merawat Covid-19 di seluruh negara dan tambahan 1,892 katil di Institut Latihan KKM, menjadikan jumlah keseluruhan katil ialah 5,292.

Mengulas lanjut, Noor Hisham memaklumkan kementerian kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengesan seramai 5,084 jemaah tabligh yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan berkaitan Covid-19.

“Setakat ini kita sudah melakukan saringan kepada 17,584 jemaah dan seramai 12,500 orang telah diambil sampel. Daripada jumlah tersebut, 1,207 orang disahkan positif, 6,648 (negatif), sementara 4,645 masih menunggu keputusan dan kami masih mengesan 5,084 yang belum melakukan ujian,” jelas beliau.

Beliau berkata usaha mengesan kesemua jemaah tersebut telah dilakukan termasuk mencari di setiap negeri.

Related posts

Leave a Comment