Kematian pertama di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melaporkan kematian pertama akibat COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu. 

Mangsa lelaki warga emas berusia 64 tahun yang pulang dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi berita Xinhua. 

Pesakit itu meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Pengasingan Kebangsaan di daerah Tutong, mangsa merupakan kes Covid-19 ke-25. 

Satu lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 115.

Related posts

Leave a Comment