Tidak perlu risau berambut panjang

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Anak-anak tidak perlu risau berambut panjang ke sekolah sekiranya keadaan itu disebabkan perkhidmatan gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami sebilangan ibu bapa tertanya-tanya bagaimana dengan keadaan rambut anak-anak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebilangan besar pula sedia maklum dengan peraturan bahawa setiap pelajar sekolah harus berambut pendek dan kemas.

Katanya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat keputusan walaupun berambut panjang, pelajar dibenar ke sekolah tanpa tindakan guru kerana kedai gunting masih tidak dibenarkan beroperasi.

Related posts

Leave a Comment