15 lagi kematian di Indonesia

JAKARTA 28 Mac – Sebanyak 15 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes kematian akibat Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 102 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata 11 daripada 15 kematian dalam tempoh 24 jam itu adalah di Jakarta.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, tambahan sebanyak 109 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes positif kini sebanyak 1,155 kes,” katanya.

Mengikut pecahan kematian, Jakarta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 62 kes kematian, diikuti Jawa Barat (17), Jawa Tengah (tujuh), Banten (empat), Jawa Timur (empat), Bali (dua), Yogyakarta (dua) dan masing-masing satu kes di Kepulauan Riau, Sumatera Selatan, Sumatera Utara dan Sulawesi Selatan.

Kes positif pertama di Indonesia dikesan pada 2 Mac, manakala kes kematian pertama pada 11 Mac.

Related posts

Leave a Comment