70 kes baharu Singapura

SEBANYAK 70 kes jangkitan Covid-19 yang baru disahkan sehingga 12 tengah hari ini (28 Mac), di Singapura menjadikan jumlah kes keseluruhan 802 kes. 

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu termasuk 41 kes import dengan pesakit yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Asean dan negara lain di Asia.

Baki 29 kes baharu merupakan jangkitan tempatan.

Antara kes baru diumumkan adalah satu kes baru berkait dengan kelompok di prasekolah PCF Sparkletots di Fengshan. Kini terdapat 26 kes berkait dengan prasekolah itu.

Dua lagi kes baru dikaitkan dengan kelompok baru di Pusat SingPost, yang diumumkan pada Jumaat (27 Mac), bermakna sudah ada lima kes jangkitan yang terkait. 

Sementara itu, 15 kes sudah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih mencapai 198 orang. 

Awal dari ini, pemerintah berkata para pemegang pas lawatan jangka panjang (LTVP), termasuk mereka yang telah diberikan keizinan prinsip (IPA) untuk LTVP, dan pemegang pas pelajar (STP) perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum memasuki Singapura mulai 11.59 malam ini.

(Grafik ANC)

Related posts

Leave a Comment