Covid-19 AS lepasi 100,000

SETAKAT hari Sabtu (27 Mac), kes positif Covid-19 melepasi angka 100,000 di Amerika Syarikat mengatasi negara-negara lain termasuk China, di mana bermulanya wabak itu.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, negara Uncle Sam itu mempunyai bilangan jangkitan virus lebih 100,000 kes keseluruhan dengan pertambahan melebihi 16,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun berbanding kes kematian, Itali terus mencatatkan kematian tertinggi iaitu 9,134, tiga kali ganda daripada jumlah yang  direkodkan oleh China iaitu sebanyak 3,295.

Related posts

Leave a Comment