54 kes baharu Singapura

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura mengesahkan 54 kes baharu hari ini iaitu jumlah tertinggi dalam masa sehari. Jumlah ini termasuk 48 yang diimport. Semua kecuali satu daripada kes import merupakan penduduk yang kembali dan pemegang pas jangka panjang. Kes yang diimport itu telah mengunjungi Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara. Baki enam kes setempat yang diumumkan hari ini, buat masa ini tidak dikaitkan dengan perjalanan atau kes sebelum ini. Usaha mengenal pasti mereka yang berhubungan rapat dengan kes-kes itu, masih diteruskan.  Masjid Al-Muttaqin telah dikenal pasti sebagai antara kelompok jangkitan, dengan tiga…

Read More

4 kematian, 212 kes baharu

PUTRAJAYA: Sebanyak empat kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu sekali gus menjadikan 14 kematian direkodkan di negara ini akibat wabak Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian tersebut melibatkan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor serta dua di Sarawak. Pada masa yang sama, 212 kes baharu dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes. Selain itu, terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah…

Read More

Empat inisiatif hadapi Covid-19

MESYURAT Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini, 23 Mac telah memutuskan beberapa inisiatif utama yang diharap dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat ketika penularan wabak Covid-19. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sedar pada waktu ini antara perkara utama yang sedang bermain di fikiran sebahagian besar rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, ialah bagaimana untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. “Saya tahu dalam keadaan krisis yang sedang kita lalui ini, ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Peniaga-peniaga kecil terpaksa tutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan pelanggan, pekerja…

Read More

Empat KSU dilantik

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan empat Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dilantik secara serentak, berkuat kuasa hari ini. Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata, dua daripada mereka Datuk Seri Dr Zaini Ujang dilantik sebagai KSU untuk Kementerian Alam Sekitar (KSA), manakala Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff sebagai KSU untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pelantikan kedua-dua pegawai kanan berkenaan adalah selaras dengan KSA dan KPT diwujudkan sebagai kementerian baharu susulan pertukaran kerajaan. Dr. Zaini, 55 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah…

Read More

Ruang udara sepi

RUANG udara sepi, lapangan terbang lengang dan pesawat tersadai. Begitulah kesan yang dihadapi apabila syarikat-syarikat penerbangan di dunia menggantung penerbangan mereka akibat penularan wabak Covid-19. Tindakan itu perlu dilakukan kerana kebanyakan negara sudah menutup pintu masuk kepada pelawat-pelawat lebih-lebih lagi melibatkan negara yang menerima kesan buruk akibat wabak itu. Di Kaherah, Emiriyah Arab Bersatu mengumumkan menggantung semua penerbangan penumpang masuk dan keluar dari negara itu, termasuk transit, selama dua minggu disebabkan keprihatinan mengenai koronavirus. Pihak berkuasa Emirati berkata langkah itu sebahagian daripada tindakan pencegahan untuk membendung penyebaran Covid-19. Keputusan tersebut – yang…

Read More

Perintah berkurung di Saudi

RIYADH: Raja Salman mengeluarkan arahan perintah berkurung di Arab Saudi bermula petang Isnin untuk mengekang penyebaran jangkitan Covid-19. Pengisytiharaan Diraja yang disiarkan oleh Agensi Berita Saudi (SPA) memaklumkan perintah berkurung itu bermula dari pukul 7 malam sehingga 6 pagi setiap hari bermula hari ini selama 21 hari. Titah itu menyusul pengumuman Kementerian Kesihatan Arab Saudi bahawa 119 kes koronavirus baharu pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan positif Covid-19 di negara itu kini 511. Berikutan perintah berkurung itu, penduduk diarah tinggal di rumah masing-masing. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kakitangan awam dan…

Read More

Krisis paling teruk di Itali

ROM: Itali telah pun mencatatkan kematian melebihi 5,000 orang mengatasi jumlah yang dicatatkan negara China, tempat bermulanya wabak Covid-19. Kelmarin jumlah kematian akibat penularan wabak itu melonjak sebanyak 793 kes sehari menjadikan kematian 4,825 orang tetapi hari ini jumlah keseluruhan korban yang dicatatkan adalah sebanyak  5,476 berbanding China 3,261 orang. Jika kes jangkitan semalam menunjukkan 53,578 berbanding 47,021 kelmarin, angka terkini hari ini menunjukkan jumlah itu telah meningkat kepada 59,138 kes. Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte menyifatkan rakyatnya sedang menghadapi krisis paling teruk sejak Perang Dunia Kedua dan mengarahkan semua…

Read More

Al-Aqsa ditutup mulai Isnin

KOMPLEKS Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis ditutup mulai hari ini, Isnin untuk semua aktiviti sama ada solat,  perhimpunan atau lawatan bagi membendung wabak Covid-19. Tidak ada tempoh penutupan ditetapkan. Penutupan itu, kali pertama sejak 1967 diumumkan oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan yang juga penjaga bagi tapak suci ketiga umat Islam itu. Perkara itu juga disahkan Pengarah Masjid Palestin, Sheikh Omar Kisawni. Berikutan arahan itu, semua pintu masjid dan Masjid Kubah atau ‘Dome of the Rock’ yang terletak bersebelahan ditutup. Hanya pekerja masjid dan pengawal masih dibenarkan untuk memasuki…

Read More