Ruang udara sepi

RUANG udara sepi, lapangan terbang lengang dan pesawat tersadai. Begitulah kesan yang dihadapi apabila syarikat-syarikat penerbangan di dunia menggantung penerbangan mereka akibat penularan wabak Covid-19.

Tindakan itu perlu dilakukan kerana kebanyakan negara sudah menutup pintu masuk kepada pelawat-pelawat lebih-lebih lagi melibatkan negara yang menerima kesan buruk akibat wabak itu.

Di Kaherah, Emiriyah Arab Bersatu mengumumkan menggantung semua penerbangan penumpang masuk dan keluar dari negara itu, termasuk transit, selama dua minggu disebabkan keprihatinan mengenai koronavirus.

Pihak berkuasa Emirati berkata langkah itu sebahagian daripada tindakan pencegahan untuk membendung penyebaran Covid-19.

Keputusan tersebut – yang akan tertakluk kepada semakan semula dalam masa dua minggu – akan berkuat kuasa dalam masa 48 jam.

Namun, penerbangan pengangkutan dan penerbangan pemindahan kecemasan akan dikecualikan.

UAE mengumumkan pada Jumaat lalu (20 Mac) dua kematian pertama dari penyakit Covid-19, dengan lebih 150 kes jangkitan yang dilaporkan sejauh ini.

Sementara itun Singapore Airlines akan menggantung hampir kesemua penerbangannya, atau sekitar 96 peratus daripada kapasiti yang dijadual hingga hujung April.

Dalam satu kenyataan pada Isnin (23 Mac), syarikat itu berkata langkah itu diambil selepas sekatan sempadan diperketat di seluruh dunia untuk membendung penularan Covid-19.

Langkah itu akan menyebabkan sebanyak 138 pesawat SIA dan SilkAir daripada sejumlah 147, yang tidak akan terbang, dalam “cabaran terbesar yang dihadapi Kumpulan SIA sejak ia wujud”.

Unit kos rendah Scoot juga akan menggantung hampir kesemua rangkaiannya, menyebabkan 47 daripada 49 pesawat yang tidak akan digunakan.

“Tidak jelas bila SIA Group akan mulakan semula perkhidmatan biasa, memandangkan ketidaktentuan bila kawalan sempadan yang ketat itu akan dtiadakan,” kata syarikat itu.

Sementara itu, pergerakan dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak, dan sebaliknya, tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan, menurut Kementerian Luar Negeri.

“Penerbangan dari (atau) ke Semenanjung Malaysia ke/dari Sabah dan Sarawak adalah tidak dibenarkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu juga menyatakan tiada warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia, dalam tempoh ini, kecuali  berstatus diplomat, yang berkhidmat di negara ini berserta tanggungan mereka dan disyaratkan membuat kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

“Bagi pegawai kerajaan asing yang bukan berstatus diploma (yang menetap di Malaysia) juga dibenarkan memasuki atau meninggalkan Malaysia, dengan syarat dokumen penggajian dapat dibuktikan semasa kemasukan ke Malaysia,” jelasnya.

Related posts

Leave a Comment