Empat KSU dilantik

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan empat Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dilantik secara serentak, berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata, dua daripada mereka Datuk Seri Dr Zaini Ujang dilantik sebagai KSU untuk Kementerian Alam Sekitar (KSA), manakala Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff sebagai KSU untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pelantikan kedua-dua pegawai kanan berkenaan adalah selaras dengan KSA dan KPT diwujudkan sebagai kementerian baharu susulan pertukaran kerajaan.

Dr. Zaini, 55 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana  Kejuruteraan Persekitaran, Universiti Newcastle Upon Tyne dan Doktor Falsafah daripada Universiti Newcastle, United Kingdom. 

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1 Oktober 2011.

Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, perancangan, penyelidikan dan alam sekitar khususnya teknologi air serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Mazlan pula mula berada dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun, dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pemodenan perkhidmatan awam.

Sementara itu, Mohd Zuki berkata, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dilantik sebagai KSU untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik sebagai KSU untuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Beliau berkata, Zainal Abidin telah berada dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, penyelidikan dan penguatkuasaan

Mohammad pula, kata Mohd Zuki, mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun, dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan dasar kerajaan.

Related posts

Leave a Comment