54 kes baharu Singapura

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura mengesahkan 54 kes baharu hari ini iaitu jumlah tertinggi dalam masa sehari. Jumlah ini termasuk 48 yang diimport.

Semua kecuali satu daripada kes import merupakan penduduk yang kembali dan pemegang pas jangka panjang.

Kes yang diimport itu telah mengunjungi Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.

Baki enam kes setempat yang diumumkan hari ini, buat masa ini tidak dikaitkan dengan perjalanan atau kes sebelum ini.

Usaha mengenal pasti mereka yang berhubungan rapat dengan kes-kes itu, masih diteruskan. 

Masjid Al-Muttaqin telah dikenal pasti sebagai antara kelompok jangkitan, dengan tiga kes dilaporkan setakat ini.

Jumlah keseluruhan pesakit yang dijangkiti di Singapura kini 509, dengan 15 orang dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.Lapan lagi kes telah dibenarkan pulang, menjadikan 152 orang  pulang dan sembuh sepenuhnya. 

Pemerintah mengumumkan hari ini bahawa semua pengunjung yang tiba di Singapura – termasuk penduduk Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang – perlu menyerahkan pengisytiharan kesihatan dalam talian sebelum melalui pemeriksaan imigresen

Related posts

Leave a Comment