Al-Aqsa ditutup mulai Isnin

KOMPLEKS Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis ditutup mulai hari ini, Isnin untuk semua aktiviti sama ada solat,  perhimpunan atau lawatan bagi membendung wabak Covid-19. Tidak ada tempoh penutupan ditetapkan.

Penutupan itu, kali pertama sejak 1967 diumumkan oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan yang juga penjaga bagi tapak suci ketiga umat Islam itu. Perkara itu juga disahkan Pengarah Masjid Palestin, Sheikh Omar Kisawni.

Berikutan arahan itu, semua pintu masjid dan Masjid Kubah atau ‘Dome of the Rock’ yang terletak bersebelahan ditutup.

Hanya pekerja masjid dan pengawal masih dibenarkan untuk memasuki masjid berkenaan, manakala laungan azan tetap dibenarkan seperti biasa.

Menurut kenyataan itu, larangan solat turut berkuat kuasa di kawasan terbuka sekitar masjid berkenaan tetapi  masih boleh berkumpul di kawasan terbuka di kawasan bukit berhampiran.

Related posts

Leave a Comment