Orang muda juga ada risiko

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa orang muda juga boleh jatuh sakit atau meninggal dunia akibat koronavirus.

Oleh itu, orang muda juga harus mengelak daripada bercampur gaul dengan orang ramai dan menjangkiti golongan yang mudah terjejas dan warga emas.

Kini, lebih 275,000 kes dilaporkan di seluruh dunia dan lebih 11,000 terkorban akibatnya.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata walaupun warga emas lebih mudah terjejas, orang muda juga boleh terjejas.

“Data daripada banyak negara jelas menunjukkan bahawa golongan yang berusia bawah 50 tahun membentuk sebahagian besar pesakit yang perlu dimasukkan ke hospital.

“Namun sekarang saya ingin beritahu anda orang muda… virus ini juga boleh menyebabkan anda dimasukkan ke hospital selama berminggu-minggu lamanya atau membunuh anda.

“Kalau anda tidak sakit pun, ke mana anda pergi boleh menjadi soal hidup atau mati bagi orang lain,” ujarnya. 

Sementara itu, Wuhan ibu kota wilayah Hubei di China yang menjadi pusat wabak Covid-19, melaporkan tiada kes baru semalam (20 Mac) yang disifatkan WHO memberi harapan kepada dunia yang sedang memerangi pandemik itu.

Wuhan melaporkan tiada kes baru dalam tempoh 24 jam buat kali pertama sejak melaporkan kes pertamanya Disember lalu.

Tedros berkata: “Wuhan memberi harapan kepada dunia bahawa situasi yang paling teruk juga boleh berubah menjadi lebih baik. Tentunya kita harus berhati-hati kerana keadaan boleh berubah kembali seperti sebelumnya.

“Namun, pengalaman bandar dan negara yang telah berjaya mengatasi koronavirus ini memberi harapan kepada dunia.”

Secara keseluruhan, jumlah kes baru yang dilaporkan di China juga telah berkurangan berbanding sebelum ini, dan kesemuanya kes import sedang krisis itu kini telah beralih dari Asia ke Eropah, yang kini melaporkan lebih banyak kematian berbanding China. 

Related posts

Leave a Comment