Bantu ‘barisan hadapan’ kita

SHAH ALAM – Sinar Harian melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19). Tabung itu akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan. Ketua Pegawai Operasi Sinar Harian, Farah Hussamuddin berkata, usaha tersebut juga bertujuan meringankan beban kumpulan tersebut dalam memerangi Covid-19. “Bantuan ini akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan. Kami berharap segenap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dapat menyalurkan bantuan.…

Read More

Lapan kematian di Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia catat pertambahan empat lagi kes terbaharu berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan hari ini kepada lapan kematian setakat 6.30 petang Sabtu. Perkara tersebut diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya . Noor Hisham menyatakan kematian kelima melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun di Sarawak pada 18 Mac yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Borneo pada 16 Mac lalu selepas mengalami beberapa simtom seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas. Pelaporan kes kematian pertama akibat COVID-19 daripada keluarga ini lambat diterima daripada hospital swasta yang merawat…

Read More

Satu peringatan….stay at home

PE­TAL­ING JAYA: A pub­lic ser­vice no­tice from a prom­i­nent be­reave­ment op­er­a­tor has gone vi­ral, with Malaysians shar­ing the no­tice for its hu­mour and stark mes­sage. Nir­vana Asia on Thurs­day night posted on its Face­book page a poster bear­ing both Chi­nese and English words urg­ing Malaysians to stay at home dur­ing the MCO pe­riod. “Stay at home or stay at Nir­vana,” it read, re­fer­ring to its graves and its colum­bar­ium. Nir­vana Asia Group founder Tan Sri Kong Hon Kong said “the bor­der­line con­tro­ver­sial post” was re­leased to re­mind the peo­ple “as…

Read More

153 kes baharu, satu kematian

PUTRAJAYA 21 Mac – Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia di Malaysia sehingga kini empat orang. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu yang meninggal dunia itu melibatkan kes ke-238, yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun, daripada kluster jemaah tabligh. “Beliau dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection dan diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi, dan ketika dalam penjagaan di ICU. “Kesihatan beliau merosot hari demi hari sejak kemasukan dan telah…

Read More

Orang muda juga ada risiko

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa orang muda juga boleh jatuh sakit atau meninggal dunia akibat koronavirus. Oleh itu, orang muda juga harus mengelak daripada bercampur gaul dengan orang ramai dan menjangkiti golongan yang mudah terjejas dan warga emas. Kini, lebih 275,000 kes dilaporkan di seluruh dunia dan lebih 11,000 terkorban akibatnya. Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata walaupun warga emas lebih mudah terjejas, orang muda juga boleh terjejas. “Data daripada banyak negara jelas menunjukkan bahawa golongan yang berusia bawah 50 tahun membentuk sebahagian besar pesakit yang perlu dimasukkan ke…

Read More

Dua kematian pertama Singapura

SINGAPURA merekodkan dua kematian pertama akibat Covid-19 melibatkan wanita warga tempatan berusia 75 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 64 tahun. Wanita berkenaan mula menerima rawatan pada 23 Februari lepas dan mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung serta hipertensi. Sementara itu, pesakit kedua dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dalam keadaan kritikal pada 13 Mac, setelah tiba di republik itu dari Indonesia pada hari yang sama, dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada 14 Mac. Singapura mencatat 40 lagi kes positif baharu COVID-19 pada Jumaat, menjadikan jumlah…

Read More

Hilang nikmat apabila negara ‘sakit, tidak sihat’

SEMALAM, ketika diumumkan harga minyak turun, ramai yang gembira. Pertama sudah tentu meringankan beban mereka. Kedua ada yang mengaitkan dengan politik iaitu janji Pakatah Harapan (PH) menurunkan harga minyak terlaksana ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN). Bukan RM1.50 tetapi RM1.44 seliter. Ketepikan kenyataan berkaitan politik.Anggap itu sekadar sindiran. Lupakan kerana di sebalik kegembiraan itu, penurunan harga minyak tidak memberi makna yang besar kepada kebanyakan orang. Apa yang boleh dilakukan walaupun harga minyak turun kepada RM1 dalam tempoh seminggu dua ini? Andai ditakdirkan kadar tol diturunkan sebanyak 50 peratus sekali pun, berapa…

Read More

Tentera buat rondaan

TENTERA akan memulakan rondaan di jalan-jalan di Itali untuk memastikan rakyat mematuhi perintah “lockdown”, selepas angka korban akibat Covid-19 di negara itu terus meningkat melebihi jumlah kematian di China. Semalam, pasukan tentera dikerahkan di jalan-jalan di Milan, hab kewangan Itali, antara bandar paling teruk terjejas. Kawasan lain, termasuk selatan Campania, Puglia dan Sicily. Menteri Pertahanan Itali Lorenzo Guerini berkata kira-kira 20,000 askar ditugaskan untuk menjalankan rondaan, di Milan sahaja di mana 114 unit tentera ditempatkan.  Hospital dan klinik di Itali dilimpahi dengan ribuan pesakit menyaksikan unit rawatan rapi tidak mampu lagi…

Read More