227,112 kes & 9,290 kematian

SEHINGGA 12 malam waktu Malaysia jumlah kes Covid-19 seluruh dunia adalah 227,112 dengan 9,290 kematian. Itali masih mencatatkan kes yang tinggi menghampiri angka dicatatkan China.

Iran menduduki tempat kedua dengan 18.407 kes dan 1,284 meninggal dunia.

Di Itali,berikutan peningkatan jumlah kes pelanggaran “lockdown” memaksa pihak berkuasa Itali mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang demi untuk membendung wabak COVID-19 yang semakin menular di negara Eropah itu, lapor agensi berita Anadolu.

Data Kementerian Dalam Negeri, dalam tempoh 11 hingga 15 Mac, lebih 665,000 orang diwajibkan menjalani pemeriksaan. Dalam tempoh itu juga lebih 27,600 penduduk dan kira-kira 1,100 pemilik perniagaan dilaporkan melanggar arahan “lockdown”. 

Itali negara Eropah paling teruk terjejas akibat COVID-19 yang kini meragut hampir 3,000 nyawa, mendesak kerajaan untuk mengenakan perintah ‘lockdown”.

Mereka yang keluar rumah perlu mendapatkan kebenaran dan hanya tertakluk untuk empat kes sahaja iaitu bekerja, kesihatan, keperluan asas dan pulang ke rumah sendiri. 

Related posts

Leave a Comment