Berita utama : Minyak turun atau Covid-19 naik

SUATU masa dulu, setiap petang ketika masih di Utusan Malaysia, mesyuarat editorial akan diadakan sama ada sebelum atau selepas Asar. Kadang-kadang lewat, mungkin pada hari berkenaan terlalu ‘kering’ maksudnya tidak ada berita menarik. Ketua setiap meja akan membaca laporan berita utama masing-masing. Misalnya Azian akan membaca berita jenayah, Johardy ekonomi, Jailani atau Zainul sukan, Roslah atau Fikri Kota, Mus, Mowardi, Sahmsiah atau Metra luar negara dan beberapa orang lagi termasuk pengarang berita membacakan berita am. Tujuan mesyuarat untuk merancang berita utama dan kedudukannya. Begitu juga jurugambar seperti Syed Agil, Kadir,…

Read More

1,030 kes, 26 kritikal

KUALA LUMPUR: Sebanyak 130 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini dengan 48 daripadanya dikaitkan dengan kluster jemaah tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 1,030 kes di Malaysia di mana 26 individu dilaporkan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). “Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, 12 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dari wad menjadi 87 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum itu…

Read More

Bagaikan api membakar hutan

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi amaran wabak koronavirus , Covid-19 akan membunuh jutaan nyawa jika penyakit itu tidak dibendung sepenuhnya. Justeru beliau menggesa pemimpin dunia bertindak segera terhadap ancaman itu yang diibaratkan seperti api membakar hutan. “Virus itu telah terbukti boleh dibendung. Ia mesti dicegah. Jika kita biarkan merebak seperti api membakar hutan – terutama di kawasan paling rapuh di dunia – ia akan membunuh jutaan orang,” kata Guterres pada Khamis “Saya menyeru semua pemimpin dunia bersama-sama dan menawarkan tindak balas bersepadu terhadap krisis global ini.”…

Read More

Maro @ tengok TV di rumah

HARI ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, kartunis Maro muncul lagi dengan karyanya berkaitan Covid-19. Kali ini kisah duduk di rumah seperti dinasihatkan oleh PM. Nak lepak di luar pun, MAMAK  CYBER  dah lama tak berniaga. Kalau berniaga pun tutup bisnes kerana warung tepi jalan memang tidak dibenarkan. Mungkin Mamak Cyber layak terima bantuan zakat. Hari ini Maro masih menceritakan suasana yang mungkin berlaku dalam kalangan rakyat MALAYSIA KITA ketika ini. Duduk rumah tengok tv, macam PM cakap duduk rumah jaga anak , menjaga suami  atau pun isteri. Tengoklah TV, HBO ke, apa-apa.…

Read More

Memperingati Israk Mikraj

LUSA, 27 Rejab umat Islam akan mengingati Israk Mikraj, peristiwa penting di dalam kalendar Islam. Ia adalah mukjizat dan kurniaan besar Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW setelah baginda SAW menghadapi tentangan pemimpin-pemimpin Quraish dan kehilangan isteri serta bapa saudaranya yang membantu bahkan melindungi baginda SAW dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Setiap kali Israk Mikraj, banyak program disusun tetapi kali ini agak muram akibat penularan wabak Covid-19. Lebih-lebih lagi dua tempat suci yang terlibat dalam peristiwa itu Masjidilharam dan Baitulmuqaddis ditutup kepada umat Islam. Disebabkan wabak Covid-19, program yang disusun lebih…

Read More

Itali atasi kematian di China. Mari kita jadikan iktibar

BERMULA di China tetapi hari ini, Itali  mengatasi jumlah kematian akibat koronavirus Covid-19 apabila angka kematian meningkat kepada 3,405 orang berbanding China 3,249. Pada Rabu sahaja jumlah kematian dicatat Itali sebanyak 475 orang. Jelaslah Covid-19 musuh yang luar biasa. Kita tidak boleh melihatnya, tidak mempunyai warna, tidak boleh merasanya. Bagaimanapun, ia mengganas dengan hebat. Itali telah mengambil beberapa langkah termasuk lockdown untuk membendung wabak itu tetapi ada dalam kalangan rakyatnya tidak mengambil serius arahan darurat itu. Mungkin ini juga yang sedang dialami negara kita apabila kerajaan mengambil langkah menguatkuasakan Peraturan …

Read More

“Saudaraku jemaah tabligh”

MELIHAT video yang tular mengenai tindakan pihak berkuasa terpaksa menjejaki tabligh yang ‘degil’, timbul persoalan kenapa golongan berilmu seperti ini tidak memberi kerjasama. Walaupun hanya segelintir kerana ramai yang telah tampil melakukan pemeriksaan tindak-tanduk kumpulan kecil ini amat mengecewakan. Mereka tidak memikirkan kesan terhadap orang lain termasuk keluarga. Semoga lebih ramai yang tampil tanpa dipaksa. Jujurlah kepada diri sendiri dan masyarakat. Berikut tukisan @ rayuan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengenai isu ini. ANTARA DAKWAH DAN FITNAH: 5 NASIHAT BUAT SAUDARAKU JEMAAH TABLIGH! Amat sedih dan terkilan…

Read More

227,112 kes & 9,290 kematian

SEHINGGA 12 malam waktu Malaysia jumlah kes Covid-19 seluruh dunia adalah 227,112 dengan 9,290 kematian. Itali masih mencatatkan kes yang tinggi menghampiri angka dicatatkan China. Iran menduduki tempat kedua dengan 18.407 kes dan 1,284 meninggal dunia. Di Itali,berikutan peningkatan jumlah kes pelanggaran “lockdown” memaksa pihak berkuasa Itali mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang demi untuk membendung wabak COVID-19 yang semakin menular di negara Eropah itu, lapor agensi berita Anadolu. Data Kementerian Dalam Negeri, dalam tempoh 11 hingga 15 Mac, lebih 665,000 orang diwajibkan menjalani pemeriksaan. Dalam tempoh itu juga lebih 27,600 penduduk…

Read More