Solidariti #Qurantime @ Quarantine

Memandangkan esok kita solat Zuhur di rumah kerana masjid dan surau ditutup akibat wabak Covid-19 , elok kita sertai program Solidariti Malaysia ini.

▪Jumaat, 20 Mac 2020
▪Jam 12 tghari 1pm
▪Live dari TV AlHijrah
Saluran 114
▪Laksanakan dari
lokasi masing-masing

Menjelang waktu Jumaat/ Zuhur esok, Insyaallah JAKIM, TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas & Sinar Harian bergabung tenaga untuk membawakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran yang akan dipancarkan secara langsung melalui TV AlHijrah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat ini, kita berharap Al-Quran lah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semua.

Mohon bantuan untuk kita sebarkan sessi 1 jam bersama Surah Ar Rahman esok, siapkan Al-Quran bersama-sama kita dan Insya-Allah kita akan gemakan Surah Ar-Rahman dari manapun kita berada, memahami apa mesej Allah kepada kita dan mengamalkannya dalam kehidupan kita dengan tekun.

Kepada Allah kita hadapkan wajah kita. Dan kepada Allah jua kita memohon pertolongan untuk memberikan kita kekuatan bagi menghadapi cabaran saat ini.

Related posts

Leave a Comment