Solidariti #Qurantime @ Quarantine

Memandangkan esok kita solat Zuhur di rumah kerana masjid dan surau ditutup akibat wabak Covid-19 , elok kita sertai program Solidariti Malaysia ini. ▪Jumaat, 20 Mac 2020 ▪Jam 12 tghari 1pm ▪Live dari TV AlHijrah Saluran 114 ▪Laksanakan dari lokasi masing-masing Menjelang waktu Jumaat/ Zuhur esok, Insyaallah JAKIM, TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas & Sinar Harian bergabung tenaga untuk membawakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran yang akan dipancarkan secara langsung melalui TV AlHijrah kepada seluruh rakyat Malaysia. Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat…

Read More

Zakat PP bantu peniaga terjejas

PULAU PINANG : Zakat Pulau Pinang memperuntukkan RM3 juta bagi membantu golongan yang pendapatan mereka terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac ini akibat penularan wabak Covid-19. Pakej Bantuan Khas Zakat itu menyasarkan peniaga kecil, penjaja gerai tepi jalan, peniaga pasar malam, pasar tani dan sebagainya yang menjalankan perniagaan mereka secara tetap dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 sebulan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, tukang gunting rambut secara kecil-kecilan, peniaga barang keperluan dapur juga boleh mengemukakan permohonan mulai esok.…

Read More

110 kes baharu, kini 900

PUTRAJAYA 19 Mac – Sebanyak 110 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 900 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata 63 daripada 110 kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini. “Sehingga kini, seramai 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini. Katanya sebanyak 15 kes telah pulih dan dibenarkan discaj dari wad hari ini…

Read More

Covid-19 : Santuni mereka yang hilang pendapatan

BAGI mereka yang bergaji tetap, mungkin tidak ada masalah untuk ‘berkurung’ 14 hari di rumah bersama keluarga. Malahan lebih seronok lagi ‘bekerja dari rumah’ sambil bersama anggota keluarga dalam saat-saat yang sukar ini. Bukan mudah untuk bersama, jika ada pun pada cuti hujung minggu. Masalahnya bagi mereka yang bekerja sendiri, ada kerja ada gaji, tidak bergaji tetap, berniaga kecil-kecilan, jual nasi lemak, air balang atau goreng pisang di tepi jalan atau pasar malam. Begitu juga mereka yang diberi cuti tanpa gaji ketika musim wabak Covid-19 ini. Tidak kurang juga yang…

Read More

Lebih 10,500 tabligh diperiksa

KUALA LUMPUR 19 Mac  – Sehingga 12 tengah malam tadi, seramai 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir pada perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling telah diperiksa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, beliau berkata sebanyak 4,986 sampel diambil dan 513 adalah positif COVID-19.  “Seorang jemaah tabligh berumur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin. KKM (Kementerian Kesihatan) menyeru ahli jemaah tabligh yang belum berbuat demikian untuk tampil diperiksa oleh KKM,” katanya.  Jumlah yang dimasukkan ke hospital ialah 659 manakala pengawasan di…

Read More

Kalau masih belum faham…

UCAPAN berterus terang dan lebih mudah difahami. Maksudnya sampai. Duduklah diam-diam di rumah,  di mana anda berada, tidak perlu ke mana-mana, bergerak ke sana dan ke sini atau lepak di kedai mamak. Sepatutnya ayat-ayat seperti itulah yang digunakan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika muncul mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan malam kelmarin. Lebih mudah sampaikan terus maksud atau tujuan kenapa langkah perintah itu dibuat. Beritahu apa yang harus rakyat buat sepanjang tempoh bercuti itu. Ini bukan cuti biasa atau cuti hari raya tetapi cuti ‘luar biasa’ yang matlamatnya bukan memberi peluang…

Read More