KEMENTERIAN Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 47 kes baharu Covid-19 di negara itu sehingga 12 tengah hari ini menjadikan 926 kes.
Daripada jumlah itu, 16 kes import yang mempunyai sejarah lawatan ke luar negara termasuk Australia, Eropah, ASEAN dan bahagian lain di Asia manakala 31 berkaitan kes tempatan atau kluster.
MOH juga memaklumkan sebanyak 12 kes sudah pulih dan secara keseluruhannya, 240 kes telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.
Sementara itu, di YANGON, Myanmar melaporkan kes kematian pertama akibat penyakit Covid-19, membabitkan pesakit kanser nasal, lapor agensi berita Anadolu.
Berusia 69 tahun, warga Myanmar itu sebelum ini pernah menerima rawatan di Australia selama sebulan dan kembali ke Yangon pada 14 Mac.