6 kematian, 140 kes baharu

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan enam lagi kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43 kematian sehingga 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 140 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 2,766 kes.

“Sehingga kini, seramai 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.04 petang.

Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi dan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 di rumah beliau dan jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 pukul 1:03 petang.

Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.

Kes kematian ke-42 (kes ke-2628)m  lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 7.09 pagi.

Kes kematian ke-43 (kes ke-2629) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30 petang.

Tambahnya, 58 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad adalah sebanyak 537 kes (19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Related posts

Leave a Comment