Dua kes baharu di Brunei

DUA kes positif Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam hari ini menjadikan jumlah kes 129 orang.

Kes 128 merupakan isteri kepada kes 111 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan tetapi  menunjukkan gejala sakit kepala dan selesema pada 27 mac.

Kes 129 pula berumur 25 tahun yang pulang dari Phuket pada 20 Mac dengan pesawat BI 520 (tempat diduk 33H) serta mengalami demam panas pada 30 Mac.

Menurut kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Brunei, tujuh kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Setakat ini 83 orang sedang dirawat di mana tiga dalam keadaan kritikal  dan memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Related posts

Leave a Comment