Sistem kesihatan kukuh pertahanan terbaik

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membentangkan garis panduan bagi membantu negara mengekalkan perkhidmatan utama sektor kesihatan dalam usaha mereka menangani penularan Covid-19.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, adalah penting bagi sektor kesihatan mengekalkan akses kepada perkhidmatan kesihatan penting yang berkualiti, rutin imunisasi, serta penjagaan bagi ibu mengandung dan bersalin.

Selain itu, persediaan rawatan bagi penyakit berjangkit dan yang tidak berjangkit, kesihatan mental, dan perkhidmatan derma darah juga perlu diberi perhatian.

Beliau menegaskan, pertahanan yang terbaik bagi penularan wabak adalah dengan adanya sistem kesihatan yang kukuh.

“Covid-19 mencerminkan betapa rapuhnya sistem dan khidmat kesihatan dunia, hingga memaksa negara membuat pilihan sukar dalam menentukan cara terbaik untuk memenuhi keperluan rakyat mereka,” tambahnya.

WHO menerusi garis panduan itu turut memastikan negara-negara di bawah induknya mempunyai tenaga kerja yang mencukupi bagi menangani situasi wabak COVID-19.

1) Langkah untuk membuat pemeriksaan dan saringan di kemudahan kesihatan, menerusi kegunaan semula tapak bangunan lama;

2) Langkah untuk menubuhkan kemudahan masyarakat untuk menjaga pesakit ringan;

3) Langkah untuk mendirikan pusat rawatan, dengan menaikkan semula wad hospital atau seluruh hospital, atau dengan menubuhkan sebuah hospital baharu di sebuah tapak.

Garis panduan itu meliputi reka bentuk struktur, langkah pencegahan dan kawalan jangkitan, dan sistem ventilator. Jelas WHO, garis panduan itu dilihat mampu menyelamatkan nyawa serta menangani lonjakan kes yang sedang dihadapi oleh beberapa negara ketika ini.

“Kemudahan ini juga akan mempunyai manfaat jangka panjang untuk sistem kesihatan apabila krisis semasa berakhir.

Di samping memiliki kemudahan untuk pesakit, adalah penting juga negara-negara mempunyai bekalan diagnostik, peralatan perlindungan dan bekalan perubatan yang lain.

Related posts

Leave a Comment