Sah, Muhyiddin PM

KUALA LUMPUR : Kemelut siapa Perdana Menteri (PM) selesai. Sah, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Pengesahan itu dibuat ketika timbul pelbagai spekulasi mengenai penyertaan semula Dr. Mahathir sebagai calon PM. Sebelum ini, Anwar Ibrahim juga dicalonkan tetapi hari ini Pakatan Harapan mengemukakan semula nama Dr. Mahathir. Kenyataan media itu dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.  “Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan…

Read More

Mereka berubah ikut hari

HARI ini ada cerita lain pula. Isu yang mulanya sudah ada tanda penyelesaian menambahkan kekusutan. Pakatan Harapan (PH) membuat perubahan atau pusingan U. PH hari ini mencalonkan semula Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Sebelum ini PH menolak nama Dr. Mahathir dan menamakan Anwar Ibrahim manakala Gabungan Barisan Nasional (BN), Pas dan Bersatu mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Dua calon ini masing-masing mendakwa mempunyai sokongan yang cukup. Malangnya situasi hari ini sudah berubah. Sinar di hujung terowong tiba-tiba kelam. Entah apa pula yang akan berlaku petang ini, esok dan…

Read More

Mangsa maut Covid-19 melebihi 2,900

TIDAK ada negara yang akan terlepas? Terbaru Iceland, Mexico dan Azerbaijan antara negara yang mencatatkan kes pertama koronavirus Covid-19 ketika jumlah kematian akibat wabak Itu sudah mencecah lebih 2,900 orang. Jumlah kes pula lebih 85,000 di mana negara-negara di luar China mencatatkan jumlah kes baharu termasuk Korea Selatan yang merekodkan 594 kes menjadikan jumlah 2,931 kes. Itali kini mencatatkan hampir 900 kes dengan 21 kematian manakala Jerman mencatatkan 73 kes dengan 23 kes baharu. Sementara Iran melaporkan 388 kes dengan 34 kematian, antara negara di luar China yang mencatatkan kes…

Read More

Semoga Johor stabil

ADAKAH kerajaan Negeri Johor berada dalam keadaan stabil? Jika tidak, siapakah dalam tempoh sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang bakal menjadi ‘penyelamat’ bagi menstabilkan kerajaan? Maksudnya ‘penyelamat’ yang akan menyelamatkan kedudukan kerajaan sekarang atau sebaliknya. Ia melibatkan kedua-dua belah pihak. Atau adakah satu pilihan raya negeri boleh diadakan bagi merungkai persoalan? Walaupun Gabungan Baharu -BN, Bersatu, Pas- telah disahkan sebagai kerajaan, kedudukan kerusi ‘yang terikat’ boleh menimbulkan masalah pada masa hadapan. Kedudukan Gabungan Baharu dan Pakatan Harapan (PH) adalah 28:28 dan ini sudah tentu menyukarkan urusan pentadbiran terutama berkaitan…

Read More

Sokong PM Muhyiddin

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN) dan Pas menamakan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri untuk diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, dalam kenyataan selepas Mesyuarat Ahli Dewan Bersatu, berkata seramai 36 Ahli Parlimen daripada parti itu menghadiri mesyuarat tersebut di Yayasan Al-Bukhary . Dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata seramai 42 Ahli Parlimen parti komponen BN iaitu UMNO (39 orang), MCA (dua orang) dan MIC (seorang) menyokong Muhyiddin. Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Annuar…

Read More

Tiada pemilihan PM 2 Mac

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan pada 2 Mac tidak akan berlangsung.  Menurut Mohamad Ariff, beliau telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan mesyuarat itu.  “Namun demikian saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.  Beliau menjelaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) , pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan olehnya selaku…

Read More

Covid-19 makin menular

BEBERAPA buah negara mencatatkan kes positif pertama Covid-19  ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mengingatkan supaya setiap negara tidak mengambil mudah wabak ini. Negara-negara yang mencatatkan kes pertama itu termasuklah Lituania, Nigeria, San Marino dan Netherland. Di Teheran, jumlah kes meningkat kepada 254 kes iaitu 106 kes baharu dengan kematian 26 orang. Turut disahkan positif adalah  Timbalan Presiden Iran, Masoumeh Ebtekar yang juga memegang portfolio Hal Ehwal Wanita serta sekurang-kurangnya tujuh pegawai kerajaan. Sebelum ini  Timbalan Menteri Kesihatan dan seorang pegawai kanan kerajaan juga disahkan positif. WHO menyuarakan kebimbangan angka kematian…

Read More