Tiada pemilihan PM 2 Mac

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan pada 2 Mac tidak akan berlangsung. 

Menurut Mohamad Ariff, beliau telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan mesyuarat itu. 

“Namun demikian saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau menjelaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) , pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan olehnya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

“Setakat ini tiada notis dikeluarkan,” katanya. 

Mohamad Ariff berpendapat bahawa keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung dengan proses pemilihan perdana menteri. 

28.02.2020

Related posts

Leave a Comment