Covid-19 makin menular

BEBERAPA buah negara mencatatkan kes positif pertama Covid-19  ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mengingatkan supaya setiap negara tidak mengambil mudah wabak ini.

Negara-negara yang mencatatkan kes pertama itu termasuklah Lituania, Nigeria, San Marino dan Netherland.

Di Teheran, jumlah kes meningkat kepada 254 kes iaitu 106 kes baharu dengan kematian 26 orang.

Turut disahkan positif adalah  Timbalan Presiden Iran, Masoumeh Ebtekar yang juga memegang portfolio Hal Ehwal Wanita serta sekurang-kurangnya tujuh pegawai kerajaan. Sebelum ini  Timbalan Menteri Kesihatan dan seorang pegawai kanan kerajaan juga disahkan positif.

WHO menyuarakan kebimbangan angka kematian di Iran yang agak tinggi memandangkan ia menunjukkan kes gejala ringan yang tidak dikesan.

Sementara itu, di Beijing, China mengumumkan 327 kes jangkitan baharu hari ini, menurun daripada 433 kes pada hari sebelumnya. Jumlah kes terbaharu itu juga merupakan yang terendah sejak 23 Januari. Ia menjadikan angka keseluruhan di China sebanyak 78,824.

Pusat penularan Covid-19, wilayah Hubei mencatatkan 318 kes baharu, iaitu penurunan daripada 409 kes pada hari sebelumnya dan yang terendah sejak 24 Januari.

Setakat ini, jumlah kematian yang direkodkan di China ialah 2,788. Wilayah Hubei mencatatkan 41 kes kematian setakat Khamis, manakala di Wuhan, sebanyak 28 mangsa telah meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment