Parlimen pilih PM 2 Mac

PUTRAJAYA 27 Feb  – Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu, kata Dr. Mahathir Mohamad. Perdana menteri interim itu berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan. ”Pilihan raya mengejut akan diadakan sekiranya sesi Parlimen khas 2 Mac ini gagal mencapai majoriti sewajarnya untuk memilih PM,” katanya selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di  Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Sementara itu, Dr Mahathir  menerima kembali jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia…

Read More

Umrah : Semoga kembali pulih

TINDAKAN serta merta Kerajaan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah berikutan wabak Covid-19 mengundang pelbagai persoalan. Adakah jemaah yang sedang dalam penerbangan akan diarah pulang sebaik sahaja mendarat di Jeddah atau Madinah? Diharapkan ada kelonggaran bagi jemaah yang sudah memasuki pesawat atau sedang di dalam penerbangan kerana difahamkan visa yang diluluskan di dalam sistem sudah ‘hilang’. Mungkin yang belum bertolak atau sedang menunggu giliran dapat bersabar dan mengikuti perkembangan selanjutnya. Khabarnya ada penerbangan yang sepatutnya berlepas petang ini telah dibatalkan. Bagaimanapun atas faktor keselamatan, sama seperti diambil oleh kebanyakan…

Read More

Gabungan baharu di Johor

JOHOR BAHRU: Berikut adalah teks penuh kenyataan media Istana Johor berhubung kedudukan kerajaan negeri. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ekoran daripada pengumuman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari 2020, yang parti tersebut telah keluar daripada Pakatan Harapan, maka kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Johor turut terjejas dan hilang majoriti menjadikan kerajaan yang tergantung. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada…

Read More

Pencuri tidak peduli lokasi

KENAPA mencuri atau menyamun di masjid? Sepatutnya singgah masjid untuk solat bukan mencari peluang mengorek tabung masjid atau mencuri barang-barang jemaah. Lebih parah lagi sanggup ragut dan mencederakan jemaah. Begitulah yang terjadi di Masjid An-Nur Kampung Guar Perahu, Kubang Semang, Bukit Mertajam. Masjid ini terletak di dalam kampung. Lokasinya tepi jalan. Dan ini bukan kali pertama kes kecurian berlaku di masjid ini. Pernah berlaku sebelum ini, seorang jemaah wanita jadi mangsa ketika sedang solat. Memang pencuri tidak peduli soal hukum hakam. Tidak peduli tempat. Asal ada peluang. Andai kehidupan pelaku…

Read More

Masjid Jamek Baru Gopeng

MASJID Jamek Baru Gopeng terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh. Kedudukannya di jalan utama Gopeng-Kampar berdekatan dengan Balai Bomba Gopeng. Masjid ini dibina bagi menggantikan masjid lama yang tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai terutama ketika solat Jumaat. Disebabkan kos baik pulih dan naik taraf masjid lama yang dibina daripada kerangka kayu itu memerlukan kos agak tinggi, maka masjid baharu dibina. Masjid yang dibina menggunakan simen dan konkrit untuk lantai serta dipasang marmar ini mempunyai dua kubah dan sebuah menara. Menara masjid ini seakan-akan Menara Condong Teluk…

Read More

Negara dijangkiti Covid-19 meningkat

PENULARAN wabak koronavirus Covid-19 yang bermula di Wilayah Wuhan, China semakin meluas apabila beberapa negara mencatatkan kes pertama mereka sejak beberapa hari lalu. Negara baharu yang menerima kesan wabak itu termasuklah Romania, Greece, Pakistan, Algeria, Croatia dan Switzerland. Bagaimanapun tidak pasti jumkah negara terlibat kerana ada yang melaporkan 38 malahan melebihi 40 negara. Wabak itu setakat ini telah meragut lebih 2,700 nyawa, kebanyakannya di China sementara jumlah jangkitan melebihi 81,000 kes. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, buat pertama kalinya, jumlah kes baharu berkaitan penularan wabak Itu yang dilaporkan di luar…

Read More

Gantung sementara umrah

KERAJAAN Arab Saudi menggantung sementara kemasukan ke negara itu bagi tujuan menunaikan umrah dan lawatan ke Masjid Nabawi di Madinah. Kementerian Luar negara itu mengumumkan perkara berkenaan melalui Twitter, hari ini, berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19. Kerajaannya turut menggantung kemasukan ke Arab Saudi bagi pemegang visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman coronavirus. Selain itu, kementerian berkenaan meminta rakyat Arab Saudi supaya tidak berkunjung ke negara yang menghadapi penularan Covid-19. 

Read More