Sokong PM Muhyiddin

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN) dan Pas menamakan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri untuk diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, dalam kenyataan selepas Mesyuarat Ahli Dewan Bersatu, berkata seramai 36 Ahli Parlimen daripada parti itu menghadiri mesyuarat tersebut di Yayasan Al-Bukhary .

Dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata seramai 42 Ahli Parlimen parti komponen BN iaitu UMNO (39 orang), MCA (dua orang) dan MIC (seorang) menyokong Muhyiddin.

Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan bersama turut memaklumkan parti itu selaku gabungan Muafakat Nasional, masing-masing dengan 39 dan 18 Ahli Parlimen sepakat memberi sokongan penuh terhadap Presiden Bersatu itu.

Related posts

Leave a Comment