Gelanggang pemilihan boleh dibuka semula?

KEBANYAKAN pemimpin UM­NO menyatakan keputusan­ Majlis­ Tertinggi (MT) UMNO menggantung jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar bagi memantapkan parti. Sudah sewajarnya ‘hubungan kerja’ me­libatkan orang No. 1 dan No. 2 sama ada di dalam parti atau kerajaan tidak boleh terganggu. Jika tidak, ibarat sebuah kapal dua nakhoda. Entah ke mana arah tujunya. Selepas lebih dua tahun memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 5 Mei 2013, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO tidak boleh goyah untuk meneruskan mandatnya sekurang-kurangnya sehingga tahun 2018. Parti komponen BN khususnya UMNO perlu menghentikan masalah dalaman. Perjalanan sukar selepas PRU lalu yang pada mulanya nampak baik terjejas dengan ke­munculan ‘watak-watak’ seperti 1MDB dan RM2.6b. Akhirnya, dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai 2015, Muhyiddin tidak dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun kedudukannya sebagai orang No.2 UMNO. Beliau digantikan dengan Zahid Hamidi, salah seorang Naib Presiden UMNO. Jumaat lalu, 26 Februari 2016, orang No. 2 dalam parti itu digantung tugas sebagai Timbalan Presiden­ UMNO. Zahid akan menjalankan tugas-tugas itu. Kata Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor: “Perilaku Muhyiddin tidak mencerminkan tang­gungjawab beliau selaku Timbalan Presiden yang sepatutnya membantu Presiden dalam mengukuhkan parti, sebaliknya beliau melemahkan parti,’’. Adakah ini petanda awal bera­khirnya politik Muhyiddin yang melibatkan diri dalam UMNO sejak tahun 1971 di Pagoh? Kebiasaan­nya tanpa kedudukan, ahli politik seperti Muhyiddin tidak mampu melangkah lebih jauh. Kedudukan­nya sukar diramalkan. Nasib Muhy­iddin sudah ditentukan oleh MT UMNO, jawatankuasa tertinggi yang diberi mandat untuk memimpin parti. Anggota parti terutama yang memilih barisan anggota MT perlu menghormati keputusan itu. MT mewakili badan induknya UMNO, bukan mewakili Presiden, Najib Tun Razak. Setelah MT diberi mandat, merekalah yang lebih berhak mem­buat keputusan. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, hormatlah pendirian MT. Biarlah apa yang orang di luar UMNO mahu perkatakan asalkan UMNO terus berusaha untuk meya­kinkan anggota parti, jangan biarkan mereka ‘ke sana sini’ seperti anak ayam kehilangan ibu.

Kepada anggota UMNO juga, cuba selak semula Perlembagaan UMNO. Rujuk beberapa perkara dalam Fasal 10 Tanggungjawab Maj­lis Tertinggi, iaitu:

10.1 : Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai dengan tujuan-tujuan UMNO.

10.7 : Menentukan taraf pendaf­taran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung atau me­lucutkan keahlian seseorang ahli.

10.10 : Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawang­an atas apa-apa sebab sekali pun.

10.16 : Mengambil sebarang lang­kah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesem­purnaan perjalanan parti.

Begitulah hak yang diberi oleh anggota parti kepada MT UMNO. Kesimpulannya, terimalah kepu­tusan yang diputuskan. Muhyiddin masih menjadi anggota UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh. Beli­au tidak dipecat. Bagi mengelakkan tindakan yang lebih ‘keras’, Muh­yiddin kini perlu lebih berhati-hati supaya tidak menerima nasib sep­erti dialami bekas orang No.2 dalam parti dan kerajaan sebelum ini iaitu Anwar Ibrahim. Sebagai orang yang sayangkan UMNO, banyak sum­ bangannya kepada parti, Muhyid­din tentunya tidak mahu dipecat sehingga ‘suara’ lenyap di dalam parti. Persoalannya mampukah beliau bertahan? Adakah tindakan yang dikenakan mampu menutup mulutnya? Bagaimana pula seki­ranya Muhyiddin meneruskan apa yang dikatakan sebagai kritikan dan serangan terbuka terhadap Presiden parti dan melanggar peraturan dan semangat perjuangan UMNO? Sete­lah tindakan ke atas Muhyiddin yang dikatakan gagal menjalankan tugas membantu Presiden UMNO untuk memperkuat dan memperka­sakan parti, adakah UMNO lebih mantap terutama dalam mengha­ dapi PRU akan datang?

Sampai bila pula situasi ‘tergan­tung’ ini akan berlarutan dan sam­pai bila Zahid perlu menjalankan tugas-tugas No.2 ini? Kenapa tidak diserahkan sahaja jawatan itu ke­pada Zahid? Tentulah kerana Muhy­iddin sebenarnya masih ada di situ. Adakah situasi ini dapat dirungkai­ kan dengan mengadakan pemili­han? Mungkin pemilihan UMNO yang ditangguhkan diadakan semu­la atau dipercepatkan sebelum PRU akan datang. Mungkin senario yang berlaku pada 1986 boleh diambil kira walaupun suasana hari ini amat berbeza.

Menyelak kembali sejarah, Musa Hitam, juga anak Johor pernah me­megang kedua-dua jawatan No.2 itu (1981-1986). Pada 27 Februari 1986, Musa meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi memilih untuk kekal sebagai Timbalan Pre­ siden UMNO. Tempat beliau dalam kerajaan diisi oleh Ghafar Baba pada 10 Mei 1986, salah seorang Naib Presiden UMNO. Musa terus menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO. Pada 3 Ogos 1986, PRU Ketujuh diadakan dan BN me­nang besar. Selepas itu, apabila ber­langsung pemilihan UMNO pada 24 April 1987, Musa gagal memperta­hankan jawatan Timbalan Presiden dan Ghafar menang dengan majoriti 40 undi. Disebabkan mahu memberi laluan kepada ‘golongan pendesak’, mengelak perpecahan dalam parti serta mempertahan kestabilan ne­gara, Ghafar meletak jawatan No. 2 dalam parti dan kerajaan pada 15 Ok­ tober 1993. Begitulah situasi ketika itu. Ringkasnya, Timbalan Perdana Menteri akan tetap diberi tanggung­ jawab sebagai Timbalan Presiden UMNO. Malahan Dr. Mahathir Mo­hamad semasa mengulas pertan­dingan Musa-Ghafar berkata, beliau akan tetap melantik veteran UMNO itu sebagai Timbalan Perdana Men­teri walaupun Ghafar gagal merebut jawatan Timbalan Presiden.

“Seseorang yang menjadi Timba­lan Presiden hendaklah orang yang boleh bekerjasama dengan Perdana Menteri dan tidak ada halangan bagi orang yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti dilan­tik memegang jawatan dalam kera­jaan,’’ kata Dr. Mahathir. Maknanya orang No.2 dalam kerajaan juga mesti jadi orang No.2 dalam parti.

Disebabkan penangguhan pemilih­ an selama 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya berlang­sung tahun ini, Zahid terpaksa memi­kul tugas Timbalan Presiden sehingga pemilihan akan datang, sebelum atau selepas PRU. Adakah mungkin pemilihan itu disegerakan supaya Zahid disahkan jawatan No.2 parti di dalam gelanggang? UMNO boleh berbuat demikian dengan mengada­kan semula pemilihan tahun ini atau tahun berikutnya. Terserah kepada MT sama ada mahu mengekalkan keputusan penangguhan atau mem­buka semula gelanggang pemilihan bagi memastikan parti lebih mantap dalam menghadapi PRU akan datang

UMA290216011C#

Related posts

Leave a Comment