Gelanggang pemilihan boleh dibuka semula?

KEBANYAKAN pemimpin UM­NO menyatakan keputusan­ Majlis­ Tertinggi (MT) UMNO menggantung jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar bagi memantapkan parti. Sudah sewajarnya ‘hubungan kerja’ me­libatkan orang No. 1 dan No. 2 sama ada di dalam parti atau kerajaan tidak boleh terganggu. Jika tidak, ibarat sebuah kapal dua nakhoda. Entah ke mana arah tujunya. Selepas lebih dua tahun memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 5 Mei 2013, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO tidak boleh goyah untuk meneruskan mandatnya sekurang-kurangnya sehingga tahun 2018. Parti komponen BN khususnya UMNO perlu…

Read More

Kehijauan asli dikorbankan, hijau tiruan pula muncul

DALAM ruang yang terbatas ini, Selak cuba menarik perhatian moto kerajaan negeri Pulau Pinang, pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) ke arah mewujudkan Pulau Pinang yang bersih, hijau, sihat dan selamat. Adakah hasrat itu akan tercapai? Menurut pelbagai laporan, khabarnya banyak kawasan bukit-bukau sudah diterokai atau digondol bagi tujuan pembangunan. Kawasan laut pula ditambak. Begitu juga dengan penebangan pokok. Sebelum ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mempersoalkan moto yang diuar-uarkan kerajaan negeri selepas beberapa pokok besar ditebang. Menurut Presidennya, SM Mohamed Idris, Pulau Pinang semakin kehilangan kehijauannya kerana hutan konkrit…

Read More

Menawarkan perkhidmatan bukan rakus bertindak

SEMALAM ketika melintasi satu lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Parlimen Permatang Pauh, saya ditunjukkan mengenai premis bangunan yang telah dipecah atau diruntuhkan. Kawasan itu dikatakan menempatkan kilang haram dan kedudukannya pula terletak di kawasan perumahan. Banyak bahagian bangunan itu yang sudah dipecahkan walaupun bangunan itu tidak runtuh sepenuhnya. Kesannya seperti kejadian bangunan runtuh atau dilanda ribut. Jika benar dakwaan bahawa premis itu adalah kilang haram, entah bagaimana sebuah bangunan sebesar itu boleh dibangunkan dan ber-operasi secara haram. Bukan satu dua jabatan yang terlepas pandang. Di mana silapnya?…

Read More

Kehadiran GrabCar mencabar industri teksi

SISTEM pengangkutan awam di negara ini semakin berkembang. Jika suatu masa dulu, bas mini yang menjadi nadi pengangkutan awam di ibu kota, kini pengangkutan rel mengambil alih dengan pengenalan sistem Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, komuter dan akan datang perkhidmatan Aliran Transit Massa (MRT). Pada masa yang sama mutu perkhidmatan bas henti-henti dipertingkatkan. Jika sebelum ini, Intrakota mengambil alih perkhidmatan bas mini, bas Sri Jaya, Tong Fong dan pelbagai lagi, kini warga kota khususnya lebih selesa dengan pengenalan bas RapidKL. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, Rapid juga beroperasi di Pahang…

Read More

Pertahankan ‘keaslian’ dalam mengubah landskap Labuan

HARI ini 1 Februari 2016. Kepada warga kota Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Tema sambutan Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera. Bagi kebanyakan orang, fokus hari ini tentulah kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana kedudukannya sebagai ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. Labuan pula dulunya di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Bagaimana dengan sambutan di Labuan? Difahamkan, Labuan menyambut sambutan itu selama sebulan dengan pelbagai aktiviti. Kenduri 1Wilayah juga akan diadakan yang melibatkan 27 kampung di pulau itu berganding bahu menyediakan hidangan. Turut dianjurkan festival sukan…

Read More