Gelanggang pemilihan boleh dibuka semula?

KEBANYAKAN pemimpin UM­NO menyatakan keputusan­ Majlis­ Tertinggi (MT) UMNO menggantung jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar bagi memantapkan parti. Sudah sewajarnya ‘hubungan kerja’ me­libatkan orang No. 1 dan No. 2 sama ada di dalam parti atau kerajaan tidak boleh terganggu. Jika tidak, ibarat sebuah kapal dua nakhoda. Entah ke mana arah tujunya. Selepas lebih dua tahun memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 5 Mei 2013, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO tidak boleh goyah untuk meneruskan mandatnya sekurang-kurangnya sehingga tahun 2018. Parti komponen BN khususnya UMNO perlu…

Read More