Jangan biarkan pahala ibadah Ramadan ‘dikutip’ orang

HARI ini hari ke-12 kita menunaikan ibadah puasa. Syukur­ lah kerana umat Islam di negara ini dapat melaksanakan ibadah ini dengan baik, dalam suasana yang jauh bezanya dengan beberapa negara di dunia. Ada negara yang terpaksa berpuasa sehingga melebihi 17 jam, serta dalam cuaca panas melampau. Ada juga berpuasa dalam situasi kacau-bilau akibat konflik atau pe­perangan, hidup sebagai pelarian. Paling sedih ada juga masyarakat Islam minoriti di wilayah Xinjiang, China yang dihalang menunaikan ibadah puasa Ramadan setahun sekali ini. Sekali lagi, kita harus bersyukur dengan apa yang dinikmati sepanjang Ramadan ini. Lihatlah suasana Ramadan di negara kita. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bazar Ramadan tetap meriah sama ada yang menjual atau yang membeli. Waktu berbuka juga mewah sehingga berlaku pembaziran ma-kanan. Masjid dan surau juga meriah dengan kehadiran jemaah yang mengimarahkannya dengan solat su-nat tarawih dan witir. Dalam erti kata lain, kita mampu beribadah dengan selesa.

Terserah kepada kita sama ada mahu atau tidak untuk mengambil peluang keemasan beribadah. Jika ada pun ‘masalah atau sengketa’ dalam ibadah pada bulan Ramadan ini, ia hanya berkaitan jumlah rakaat dan tazkirah. Ada yang mahu 20 rakaat tarawih dan ada yang sekadar lapan. Terpulanglah kepada jawatankuasa masjid dan surau untuk menentukannya. Di Selangor, Jabatan Mufti mengesyorkan masjid dan surau melaksanakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Langkah itu bagi mengelakkan salah­ faham umat Islam mengenai bilangan rakaat solat tarawih. Berkaitan tazkirah, Jabatan Agama­ Islam Selangor (JAIS) me­nasi­­hatkan pihak pengurusan masjid­ dan surau tidak mengadakan tazkirah semasa pertengahan­ solat tarawih.

JAIS mengeluarkan garis panduan supaya tazkirah dilaksanakan selepas selesai solat tarawih memandangkan ibadah itu disunatkan untuk didirikan dalam bulan Ramadan sahaja. Sama ada isu jumlah rakaat atau tazkirah, arahan hanyalah sekadar cadangan. Tidak semua masjid dan surau mengikuti panduan itu. Sekali lagi budi bicara jawatankuasa masjid dan surau mengatasi segala-galanya. Dalam hal ini apa yang lebih penting dan diutamakan ialah bagaimana mahu menggerakkan masyarakat setempat melakukan ibadah sepanjang Ramadan ini. Biarlah dari awal sehingga ke akhir Ramadan, masyarakat tetap bersemangat untuk beribadah, bukan sekadar solat wajib dan sunat tetapi juga membaca al-Quran dan melakukan aktiviti kebajikan. Selak dalam beberapa tulisan yang lalu pernah menyarankan supaya tazkirah diadakan selepas selesai tarawih. Alasannya kerana tarawih setahun sekali sementara tazkirah boleh diadakan pada bila-bila masa. Tidak wajar ‘memaksa’ orang menunggu untuk menyambung empat rakaat lagi kerana dihentikan untuk tazkirah. Ada yang datang ke surau untuk solat tarawih tetapi selepas dihentikan untuk takirah, mereka turut ‘angkat kaki’. Mungkin ini akan menghalang hasrat mengajak mereka yang baru berjinak dengan surau dan masjid mendekati tempat ibadah itu sepanjang bulan Ramadan. Kasihan mereka yang begitu bersemangat mahu menunaikan solat tarawih tetapi ‘terhalang’ dengan tazkirah. Apa pun tazkirah yang dihadkan kepada 10 minit tidak mungkin menjejaskan solat tarawih. Terserah kepada kebijakan mereka yang memberi tazkirah. Tidak perlu panjang lebar. Tazkirah pula hendaklah menekankan kepada aspek meningkatkan ‘kuantiti dan kualiti’ ibadah. Bicaralah mengenai kelebihan melakukan pelbagai ibadah sepanjang Ramadan. Tazkirah yang berjela-jela umpama ceramah perlu dielakkan. Apatah lagi jika diselitkan dengan unsur-unsur politik yang mengkritik pihak itu dan ini sehingga menimbulkan keresahan dan kebencian sesetengah jemaah.

Elakkan sebarang kata-kata atau ucapan yang boleh mengguris perasaan orang lain, terutama yang menyentuh pegangan politik pihak tertentu. Ini bulan ibadah, bukan bulan pilihan raya. Sudah sewajarnya, kita menghentikan sementara atau belajar mematikan terus tindak tanduk kita yang ghairah menyebarkan perkara-perkara yang tidak betul. Hentikan tabiat suka mengkritik, mengumpat, mengadu domba, menghina atau memperkecilkan orang lain tanpa usul periksa melalui media sosial seperti WhatsApp dan sebagainya. Dalam satu tazkirah yang didengar kelmarin, imam mengingatkan supaya jangan di akhirat nanti, orang lain mengutip pahala kita. Di dunia, seseorang itu begitu tekun beribadah termasuk pada bulan Ramadan tetapi akhirnya di akhirat, bekalan yang hendak dibawa itu habis ‘dikutip’ orang disebabkan semasa di dunia, orang yang beribadah itu pada masa yang sama suka mengata, mengumpat dan sebagainya sehingga mengurangkan pahala yang diperoleh. Bak kata orang, menang sorak kampung tergadai. Tanam padi tapi lalang yang tumbuh.

Tidak dinafikan, kebanyakan kita begitu ghairah menyebarkan pelbagai berita yang berunsur syak wasangka, berunsur fitnah dan dakwaan melalui media sosial. Dalam era teknologi maklumat hari ini, mulut bukan lagi memainkan peranan berkata-kata mendedahkan keburukan orang lain. Mulut tidak lagi mengumpat, mengeji, memaki hamun dan menghina orang sesuka hati sebaliknya peranan itu telah di-ambil alih oleh jari jemari yang begitu lancar merangka kata-kata melalui media sosial yang kemudiannya disebarkan begitu pantas. Jari jemari itu juga yang memuat naik pelbagai kebaikan dan keburukan untuk disebarkan dalam tempoh sesaat melalui aplikasi seperti Facebook dan WhatsApp. Memang mulut tidak lagi berkata-kata tetapi peranan itu sudah diambil alih oleh jari-jemari.

Peranan jari jemari ini lebih bahaya kerana ia mampu menyebar luaskan apa yang ditulis. Kesannya amat besar kepada masyarakat yang menerima bulat-bulat apa yang disebarkan. Dalam bidang ekonomi misalnya, sebaran mengenai halal atau haram sesuatu barangan boleh memusnahkan sesuatu perniagaan. Baru-baru ini terdapat sebaran mengatakan ada kuih-muih buatan rakyat tempatan dikatakan diimport dari negara luar yang labelnya dibuang. Ada yang mendakwa, kuih-muih itu buatan tempatan dan sebaran maklumat palsu itu bertujuan memusnahkan perniagaan orang Melayu. Malangnya, sikap orang kita yang begitu cepat bertindak ‘menyalin dan menyebarkannya’ tanpa usul periksa sehingga menimbulkan keresahan orang ramai. Situasi ini sering berlaku lebih-lebih lagi apa yang ditulis itu tidak ‘dipedulikan’ undang-undang. Tidak ada tindakan tegas.

Di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), mana-mana individu yang mengeluarkan kata-kata kesat di dalam media sosial boleh dikenakan hukuman penjara serta denda sehingga RM254,930. Hukuman itu tidak terhad terhadap rakyat tempatan malahan melibatkan rakyat asing yang berkunjung ke negara itu. Rakyat asing yang bersalah mengeluarkan kata-kata kesat atau menghina kawan-kawan menerusi WhatsApp akan diusir. Itu hanyalah undang-undang ciptaan manusia. Adakah kita lebih takut kepada undang-undang manusia? Ambillah semangat Ramadan ini untuk memperbaiki diri mengelakkan diri daripada terperangkap dalam dosa yang tidak disedari. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa kerana sesungguhnya puasa adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika suatu hari salah seorang dari kamu berpuasa, maka janganlah ia berbuat buruk (berkata keji) dan mengumpat, jika ada seseorang yang menghinanya atau mengajaknya berkelahi, maka katakanlah, sesungguhnya aku sedang berpuasa. Demi dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, bau mulut orang yang sedang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma miski (kasturi) dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang dengan keduanya ia akan bergembira, iaitu jika ia berbuka puasa maka ia akan gembira dan jika ia bertemu Rabbnya, ia akan gembira dengan sebab puasanya’’.

Ingatlah bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sesungguhnya puasa adalah menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang ‘kotor’. Jangan sekadar menang lapar dan dahaga. Semoga baki yang ada akan terus memberi kekuatan kepada kita untuk melangkah ke

UMA290615010C_2#

Related posts

Leave a Comment