DIA mai lagi. Cukuplah… Kami pula. Begitulah antara dialog atau slogan yang dapat didengar dan dibaca ketika kempen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parli men Permatang Pauh. Maksud ‘dia’ merujuk kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sekali lagi menawarkan diri bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dia juga merujuk kepada PRK yang masuk kali keempat dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini di Permatang Pauh – dua disebabkan wakil rakyat PKR meletak jawatan, kematian wakil rakyat Pas dan terkini terlucut jawatan akibat hukuman mahkamah. Kami pula merujuk supaya BN pula diberi peluang.
Menyelak kembali episod Permatang Pauh ini, Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu seterusnya meneruskan penguasaan keluarga di kawasan berkenaan. Masihkah pengundi Permatang Pauh ingat bahawa Wan Azizah meletak jawatan pada 31 Julai 2008, hanya beberapa bulan selepas pengundi-pengundi memberi kemenangan kepada Presiden PKR itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan pada 8 Mac 2008.
Kini Wan Azizah mahu kembali lagi. Bukan satu kejutan. Selak pada 10 Mac 2014 dalam tulisan bertajuk Episod Permatang Pauh-Kajang-Permatang Pauh telah pun mengemukakan persoalan ini sekiranya berlaku sesuatu kepada Anwar yang ketika itu dalam proses rayuan terhadap hukumannya. Selak bertanyakan: Adakah sekali lagi Wan Azizah akan kembali ke Permatang Pauh? Wan Azizah sudah melepasi tempoh lima tahun yang menghalangnya daripada bertanding selepas meletak jawatan pada Julai 2008. Setahun berlalu, akhirnya jangkaan itu memang tepat.
Dia mai lagi! (mai membawa maksud datang/mari). Bezanya kehadiran Wan Azizah kali ini berbekalkan jawatan Ahli Dewan Un dangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor, sesuatu yang jarang berlaku atau mungkin tidak berlaku. Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memegang dua jawatan sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan ADUN Pelabuhan Klang di Selangor.
Bagaimana pula penyokong Pas? Adakah jika mereka menyokong calon PKR bermakna mereka merestui penolakan terhadap hukum hudud yang ditentang oleh PKR dan DAP?
Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali juga menjadi Ahli Parli men Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa di Selangor. Lim Guan Eng juga ada dua jawatan iaitu sebagai Ahli Parlimen Bagan di Seberang Perai dan ADUN Air Puteh di sebelah pulau.
Bagi Azmin dan Guan Eng, dua kerusi mereka masih di negeri yang sama tetapi apa yang mahu diperkenalkan Presiden PKR kali ini agak pelik iaitu sebelah kaki di Selangor dan sebelah lagi di Pulau Pinang. Mampukah Wan Azizah melaksanakan tanggungjawab ini secara serentak? Siapa pun akan mengaku ‘boleh’ sebelum mendapat sesuatu tetapi selepas mendapatkannya apa akan berlaku?
Khabarnya Guan Eng sanggup membantu menjaga Permatang Pauh dan Azmin pula menghulurkan bantuan di Kajang. Kenapa perlu ada wakil membantu? Kenapa tidak diberikan tanggungjawab itu kepada orang yang sedia berkhidmat sepenuh masa? Lebih mudah mempunyai wakil rakyat yang tinggal di kawasan berkenaan, mudah ditemui dan mudah turun padang menemui pengundi.
Memang eloklah pengundi-pengundi Permatang Pauh memberi ‘simpati’ kepada Wan Azizah kali ini. Jika 1999 Wan Azizah mendapat simpati kerana isu Anwar tetapi kali ini simpati dalam situasi berbeza. Kasihan Wan Azizah! Simpatilah ke pada beliau kerana tanggungjawab berat yang dipikul sekarang. Dialah isteri yang sedang berjuang untuk terus membebaskan suaminya, dia juga yang mahu menjaga PKR, dia juga mahu menjaga hubungan pakatan DAP-Pas-PKR dan dialah yang mahu bekerja di Kajang. Cukuplah tanggungjawab yang ada padanya.
Apakah ada kuasa hikmat yang membolehkan beliau menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi jika dipilih nanti? Hanya pengundi yang dapat meringankan beban wanita yang berusia 63 tahun ini. Pengundi boleh menunjukkan simpati dengan ‘menolak’ Wan Azi zah. Tujuannya bagi meringankan beban yang sedang ditanggung. Mungkin simpati kali ini memberi peluang untuk Wan Azizah merehatkan diri bagi memberi fokus kepada Kajang, PKR, pakatan, suami dan keluarga. Beri peluang kepada orang muda yang mewakili BN, Suhaimi Sabudin, anak tempatan dari Guar Jering. Pengundi-pengundi Permatang Pauh perlu melakukan transformasi, sama seperti transformasi yang mahu dilakukan oleh UMNO bahagian itu yang diterajui Mohd. Zaidi Mohd. Said.
Adakah BN mempunyai peluang kali ini? Menyelak rekod lalu, BN hampir mendapatkan semula kerusi itu pada 2004 apabila calonnya Pirdaus Ismail kalah 590 undi ke pada Wan Azizah. BN cuba mendapatkan semula kerusi itu pada PRU 1999 dengan menurunkan Dr. Ibrahim Saad tetapi tewas kepada Wan Azizah. Pirdaus mencuba lagi pada 2008 tetapi tetap gagal. Pada PRK tahun yang sama, Arif Shah juga gagal menewaskan Wan Azizah. Pada PRU lalu, BN sekali lagi tewas apa bila calonnya Mazlan Ismail kalah kepada Anwar Ibrahim.
Begitulah suasana di Permatang Pauh. BN tidak ada wakil di DUN Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. Menjelang hari-hari terakhir, kempen semakin hebat, semakin meriah poster dan bendera parti yang bertanding. PKR cuba menarik perhatian pengundi dengan poster besar Wan Azizah bersama Anwar, protes GST yang menunjukkan kanak-kanak sebagai mangsa dan poster Wan Azizah dengan identiti kipasnya sedang membeli-belah bagi mengkritik GST.
Tidak dinafikan GST menjadi bahan kempen, mungkin tidak ada isu lain. BN sebaliknya memberi penerangan mengenai GST. Jentera BN juga perlu mengambil kesempatan berhubung isu yang melibatkan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang. Misalnya janji menghapuskan tol yang belum tertunai, isu cukai tanah, bayaran letak kereta, tarif air dan sewa gerai yang semuanya ini juga tergolong dalam kenaikan kos. Kempen ada ketikanya panas apabila ceramah diadakan bersebelahan dengan bilik gerakan BN dan PKR. Melalui pembesar suara, penceramah berbalas jawapan jika terdengar persoalan yang ditimbulkan terhadap parti masing-masing.
Pas pula tidak menunjukkan ‘taringnya’, mungkin dalam sehari dua lagi untuk menggerakkan jentera parti. BN khususnya UMNO tidak boleh rasa selesa dengan ‘kecelaruan’ yang sedang melanda Pas terutama melibatkan kawasan itu. Jentera BN perlu memperbaiki sedikit sebanyak kelemahan yang ada supaya tidak ada yang ‘terlepas pandang’ dan menimbulkan rasa tidak puas hati sama ada dalam kalangan anggota parti atau pengundi. Sikap dan pendirian Pas sukar dijangka. Apa sahaja boleh berlaku. Akibat pusingan U dan ‘meludah ke langit terkena batang hidung sendiri’, Pas dalam keadaan serba salah.
Pengundi-pengundi Permatang Pauh ada pilihan masing-masing pada 7 Mei ini. Bagi penyokong BN sudah tentu mereka mahu perubahan, mahu melakar sejarah baharu selepas 17 tahun di bawah keluarga Anwar. Kepada pengundi-pengundi PKR yang taksub, mereka tentu mahukan Wan Azizah menang bagi meneruskan penguasaan keluarga. Penyokong DAP juga mahukan Anwar.
Bagaimana pula penyokong Pas? Adakah jika mereka menyokong calon PKR bermakna mereka merestui penolakan terhadap hukum hudud yang ditentang oleh PKR dan DAP? Adakah penyokong Pas sedar bahawa menyokong PKR itu juga membawa maksud mereka merestui penghinaan rakan-rakan dalam parti sekutu terhadap Presiden Pas Hadi Awang? Adakah dengan mengundi BN, penyokong-penyokong Pas menunjukkan sokongan kepada UMNO berhubung hukum hudud? Kemenangan calon UMNO yang mewakili BN ini secara tidak langsung menambah satu lagi undi yang akan menyokong Pas dalam usahanya melaksanakan hudud.
Permatang Pauh juga boleh melakar sejarah baharu untuk meli hat sejauh mana penyatuan orang Melayu dalam menghadapi sesuatu isu untuk kepentingan bersama.
Selamat mengundi!
UMA040515010C#