Hasrat menjadi ‘Ketua Menteri dengan kuasa’ terlaksana

DUA puluh tahun yang lalu, dalam satu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, Parti Tindakan Demokratik (DAP) muncul dengan poster Kit Siang Chief Mi­nister With Power. Di atas poster itu juga tertera patung watak televisyen popular ketika itu iaitu Robocop. Di dada patung itu tertulis perkataan Tanjong 3, mengambil sempena siri Tanjong dalam kempen DAP untuk menawan Pulau Pinang yang bermula dengan Tanjong 1 (PRU 1986) dan Tanjong II (PRU 1990). DAP gagal dalam cita-cita itu. Mungkin disebabkan angka empat juga membawa maksud tidak baik, siri Tanjong ditamatkan pada episod ketiga dan tidak ada lagi angka digunakan pada PRU 2004. Cita-cita DAP dan Kit Siang untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ak­ hirnya terlaksana pada tahun 2008 selepas parti itu bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berjaya membentuk kerajaan negeri. Walaupun bukan Kit Siang sebagai Ketua Menteri, jawatan itu diserahkan kepada anaknya, Lim Guan Eng yang melakukan penghijrahan dari Melaka. Ketika itu, DAP memenangi 19 kerusi, PKR 9, dan Pas 1 sementara Barisan Nasional (BN) memenangi 11 kerusi, yang kesemuanya calon UMNO.

Menyelak kembali slogan DAP pada 1995 itu, ia merujuk kepada Ketua Menteri, Dr. Koh Tsu Koon yang dikatakan boh kian (tiada kuasa). Slogan itu bagaimanapun ‘memakan diri’ apabila DAP hanya menang satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen. Kit Siang juga tewas kepada Tsu Koon di Tanjung Bungah. Kini selepas memasuki penggal kedua, kedudukan DAP di Pulau Pinang semakin kukuh. Dalam PRU yang lepas (2013), DAP mengekalkan kedudukannya dengan 19 kerusi sementara PKR menambah kepada 10 kerusi, Pas 1 dan BN (UMNO) 10. Itulah kekuatan DAP ketika ini. Maka tidak perlulah sesiapa ‘menyalak’ dan ‘melompat’ dengan kenya­ taan Guan Eng yang mengumumkan kerajaan negeri kini bukan lagi kerajaan pakatan pembangkang sebaliknya dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang. Keputusan itu dibuat oleh 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang. Keputusan itu dibuat gara-gara usul Muktamar Pas ke-61 yang memutuskan hubungan dengan DAP. Bagi Guan Eng, pakatan pembangkang sudah tidak wujud. Apa yang wujud ialah kerajaan campuran iaitu 19 (DAP), 10 (PKR) dan 1 (Pas).

Sama ada pakatan atau campuran, sama sahaja. Orang Tanjong kata pi mai pi mai tang tu. Adakah di Selangor juga wujud kerajaan campuran, bukannya pakatan? Apakah yang ingin ditunjukkan oleh Guan Eng kepada rakan-rakannya itu? Adakah kuasa sebagai ketua menteri? Adakah benar Guan Eng berlagak sombong seperti dakwaan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Mohd. Yusof barubaru ini. Kenyataan Guan Eng jelas menunjukkan parti itu mempunyai kuasa yang besar di negeri itu. DAP nampak yakin dengan keupayaannya. Tidak mustahil DAP mampu memerintah negeri itu bersendirian tanpa sokongan rakan-rakan PKR, apatah lagi Pas yang hanya menang satu kerusi. Dengan 19 kerusi di dalam genggaman, DAP mampu menambah kerusi jika bertanding di
kawasan-kawasan yang dikuasai PKR ketika ini. Sekurang-kurangnya empat hingga lima kerusi yang dimiliki PKR boleh berubah tangan jika DAP mahu bersendirian dalam pemerintahan negeri itu. BN melalui UMNO hanya
mampu memenangi 10 kerusi pada PRU lalu sedangkan pada tahun 1990, BN menguasai DUN Pulau Pinang dengan 19 kerusi berbanding DAP 14 kerusi. Pada 1990 juga, jumlah kerusi yang dimenangi UMNO lebih besar iaitu 12 kerusi berban­ ding rakan komponennya Gerakan sebanyak tujuh kerusi. Jumlah itu menyebabkan ketika itu timbul ura-ura bahawa UMNO lebih layak me­ mimpin negeri itu dengan jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun atas semangat setiakawan BN, jawatan Ketua Menteri tetap menjadi milik Gerakan dan UMNO diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Menyelak kembali sejarah kebangkitan DAP ini, ia dianggap ber-mula pada tahun 1986 apabila parti itu menang 10 kerusi termasuklah kemenangan Setiausaha Agungnya ketika itu, Kit Siang. Jumlah itu meningkat kepada 14 kerusi pada PRU 1990 melalui projek Tanjong II. Bagaimanapun DAP ‘merana’ selama dua penggal apabila kalah teruk pada PRU 1995 (Tanjong III) dan PRU 2004. Adakah dua penggal yang sedang dinikmati DAP ketika ini mampu melonjakkan lagi kejayaannya pada PRU akan datang?

DAP sedang ‘belajar’ untuk bersendirian dalam PRU akan datang dengan mencari rakan lain yang boleh diharap termasuk kemungkinan parti serpihan Pas. Dalam erti kata lain, DAP tidak boleh lagi mengharapkan Pas. Sejauh mana keupayaan parti serpihan Pas tidak dapat dipastikan tetapi tentunya parti baharu itu lebih terbuka berbanding Pas. Bagaimana pula dengan­ PKR? Jika DAP bersama parti baharu, adakah Pas akan terus kekal dalam pakatan bersama PKR? Di Pulau Pinang, DAP boleh bersendirian membentuk kerajaan negeri tanpa sokongan PKR dan Pas, asalkan parti itu mengekalkan penguasaan sekarang dan menambah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kerusi lagi untuk mendapat majoriti mudah di DUN.

Dalam tempoh pemerintahan-nya, DAP sudah tentu menyusun strategi untuk mengekalkan kuasanya yang ada. Sebagai parti yang baharu mendapat kuasa untuk mentadbir negeri, DAP pastinya bekerja keras melakukan percaturan supaya pengundi setianya ada di mana-mana bagi memastikan kemenangan calon yang diturunkan. Strategi yang perlu dilakukan DAP sekarang adalah untuk meyakinkan pengundi-pengundi Melayu menyokong perjuangan parti itu. Jika ini boleh dilakukan, bukanlah mustahil DAP akan terus berkuasa di negeri itu. DAP boleh ‘menceraikan’ PKR dan Pas. Dalam politik, segalanya boleh berlaku, tidak ada yang mustahil.

UMA060715010C#

Related posts

Leave a Comment