Lihat corak pengundian di Bukit Gelugor, Teluk Intan

KERUSI Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang dan Teluk Intan di Perak kosong. Ini bermakna selepas satu tahun Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan, dua lagi pilihan raya kecil (PRK) akan mengambil tempat. Sebelum ini, empat PRK melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kuala Besut, Terengganu; Sungai Limau, Kedah; Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak. Dua akibat peletakan jawatan dan dua lagi kematian. Keputusannya, parti penyandang mengekalkan kedudukan iaitu 2 BN, 1 PKR, 1 Pas. Bagi dua PRK akan datang, kedua-duanya melibatkan kerusi DAP. Setakat ini DAP sudah pasti…

Read More

Hari ini catu air, esok catu elektrik, lusa dua-dua dicatu

WARGA Lembah Klang amat berharap catuan bekalan air berakhir minggu ini. Air empangan khabarnya sudah menunjukkan peningkatan. Hujan pula semakin kerap. Biarlah hari ini atau esok tiada lagi catuan. Cukuplah ‘kesengsaraan’ yang dialami. Bukannya tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi sekadar menyelak kembali bagaimana jika manusia mampu merancang untuk mengelak ‘kesengsaraan’ ini dan tidak menunjukkan ‘keangkuhan’. Janganlah mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Masing-masing ada kepakaran. Gunakanlah kepakaran itu sebaik mungkin bagi kepentingan ramai. Contohnya penggunaan air lombong. Tidak dinafikan, air najis pun kalau diproses akhirnya boleh…

Read More

Nahas bas: SPAD perlu lakukan sesuatu

MALANG tidak berbau membawa maksud kecelakaan yang tidak boleh diketahui lebih awal. Sama juga nasib buruk tidak dapat dielakkan. Begitulah yang berlaku dalam beberapa nahas kebelakangan ini. Terkini termasuklah yang melibatkan pemimpin DAP, Karpal Singh dekat Gua Tempurung, Ipoh, Perak. Karpal meninggal dunia di tempat kejadian. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP pada 29 Mac lalu ekoran dijatuhi hukuman denda RM4,000 selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Pada 11 Mac, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Paduka Azman Abdullah menjatuhkan hukuman denda…

Read More

Air oh air…masihkah ada catuan jika tarif air naik?

BUMBUNG rumah basah disirami hujan. Malangnya air itu mengalir terus ke dalam longkang dan tidak masuk ke paip rumah yang sedang mengalami catuan bekalan. Adakah pengaliran air ke longkang itu satu pembaziran dan sepatutnya dielakkan? Di ibu negara atau Lembah Klang, sudah beberapa kali hujan lebat tetapi penduduk tertanya-tanya kenapa masih ada catuan? Paling merisaukan apabila ada perkhabaran bahawa catuan ini akan berlanjutan sehingga Julai, bulan yang pada ketika itu surau dan masjid dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat sunat tarawih dan witir, bazar Ramadan yang penuh dengan gerai menjual pelbagai…

Read More

Letakkan kepentingan negara mengatasi politik

MINGGU pertama bulan Mac pada tahun 2013 dan 2014 sememangnya amat mencabar bagi negara kita. Dalam dua tempoh ini, Malaysia menjadi tumpuan dan perhatian dunia. Pertama pada Mac 2013 apabila pihak keselamatan melancarkan Ops Daulat di Sabah pada 5 Mac bagi memerangi pengganas Kiram yang menceroboh Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari. Operasi itu terpaksa dilakukan selepas rundingan selama sebulan gagal mencapai penyelesaian. Ketika itu, ada pihak yang menyifatkan pencerobohan itu sebagai sandiwara kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun yang turut menjadi korban adalah anggota pasukan…

Read More

Pemilihan PKR: Pi mai pi mai duk tang tu juga

LANJUTAN drama Langkah Kajang arahan PKR. Kali ini kisah perebutan jawatan. Melihat senarai yang akan bertanding, maka akan kelihatan hebatnya demokrasi dalam parti itu. PKR, asalnya ditubuhkan atas nama reformasi bagi membela Anwar Ibrahim selepas pemecatannya daripada kerajaan dan UMNO pada September 1998. Sehingga kini, Anwar dan keluarga terus berkuasa dalam PKR. Kuasa itu akan terus dipertahankan melalui pertandingan kali ini. Anwar akan mencabar isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden. Menyelak kembali sejarah, PKR adalah gabungan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang ditubuhkan pada April 1999 (selepas reformasi…

Read More

Wan Azizah sebagai wakil rakyat dan wakil Anwar

BUKAN satu kejutan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semalam. Apa yang dinantikan ialah majoriti undi yang diperoleh. Keupayaan PKR untuk menang PRK ciptaannya tidak boleh dipertikaikan. Cuma peratusan keluar mengundi merosot. Daripada 39,278 pengundi, hanya 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi berbanding 87.9 peratus pada Pilihan Raya Umum (PRU) kira-kira 10 bulan lalu. Majoriti kemenangan pula menunjukkan kemerosotan, daripada 6,824 undi kepada 5,379 undi. Perbezaan 1,445 undi. Adakah kemenangan ini merupakan satu langkah kukuh untuk PKR melangkah ke Putrajaya? Sejak awal lagi slogan PKR yang…

Read More

Terus berikhtiar, berdoa sehingga menemui noktahnya

BUNTU. Kabur. Keliru. Itulah perkataan yang dapat diungkapkan apabila misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih belum terungkai. Seminggu sudah berlalu tetapi belum ada tanda-tanda yang dapat membantu usaha mencari dan menyelamat dilakukan. Kerajaan Malaysia dengan sokongan negara-negara luar telah melakukan yang terbaik untuk mencari dan menyelamat. Kita dapat melihat apa juga kekuatan yang ada telah dikerah. Jika dulu ada yang mengkritik mengenai keupayaan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman, tetapi dalam isu ini, ada yang mahu kekuatan itu digunakan walaupun hakikatnya mereka tidak faham fungsi sebenar kapal itu.…

Read More

Episod Permatang Pauh–Kajang–Permatang Pauh

SABTU lalu, ketika mengunjungi pasar malam Guar Perahu dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, saya sempat berbual-bual dengan beberapa `orang lama’ yang pernah menjadi orang kuat Anwar Ibrahim ketika bekas Presiden ABIM itu memilih UMNO pada 1982. Mereka ini pernah menjadi penggerak untuk membantu Anwar menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 1982. Perbualan berkaitan suasana politik semasa serta kekuatan UMNO sekiranya berlaku pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan. Saya sengaja melontarkan persoalan mengenai kekuatan UMNO bahagian itu sekarang selepas mengalami kekalahan demi kekalahan sama ada dalam PRU atau PRK sebelum ini.…

Read More

Memenuhi keperluan rakyat bukan satu pembaziran

HUJAN sekejap petang semalam tetapi cukup untuk melegakan seketika cuaca panas yang sudah lama melanda khususnya di ibu negara atau Lembah Klang. Syukurlah. Jika tidak membantu menambah jumlah takungan air di empangan, sekurang-kurangnya mengurangkan bahang panas yang melanda serta keadaan yang agak berjerebu. Apa pun keadaannya, janganlah apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. Esok, lusa atau masa depan masih belum pasti. Perjalanan masih jauh. Ikhtiar perlu diteruskan sama ada berdoa, solat sunat istisqa dan pembenihan awan. Kita diminta berusaha sebelum berserah kepada Allah. Begitu jugalah dalam usaha untuk…

Read More